SOP PPN : Daripada 181 bakal jadi 10 sahaja – Hishamuddin

SOP

SOP PPN : Daripada 181 bakal jadi 10 sahaja.Kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya kepada 10 SOP berbanding 181 yang ada ketika ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses mengurangkan SOP itu dijangka mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu.

“Buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP.

“Langkah memperkemas SOP-SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

SOP

Bagaimanapun, ujar beliau SOP baharu termasuk beberapa kelonggaran lain yang sedang diputuskan akan dimumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.

KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN

“Apa yang paling penting adalah risiko aktiviti yang kita akan longgarkan dan ia bukan mudah.

“Kalau boleh kita mahu buat (kelonggaran) secara menyeluruh, tetapi itu tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Mengambil contoh kelonggaran di Langkawi, Hishammuddin berkata gelembung pelancongan itu dilaksanakan bagi menangani isu kesihatan mental rakyat Malaysia yang telah menjalani tempoh berkurung dan sekatan yang lama.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sop-ppn-bakal-dikurangkan-daripada-181-kepada-10-hishammuddin-319668

BACA: MoU kerajaan-PH beri keyakinan kepada pelabur asing