SIU MAH YANG BUNUH HENRY GURNEY

Mesej aku untuk yang membela british.

Aku bukan nak bela komunis tapi cuba untuk yang membaca berfikir. Cuba kita rajin-rajinkan diri membelek apa yang kita terima.

Tentu kita semua kenal dengan Henry Gurney, walau ada yang menggelarkan dia “Sir” tapi tidak aku. Ada yang mendengar nama itu mungkin kerana jalan atau pun sekolah.

Cuma yang nak aku kongsikan siapa Henry Gurney sebelum dia sampai ke Tanah Melayu pada 1948 menjadi Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya. Namun sebelum itu Henry Gurney pernah berkhidmat dibanyak tempat sebagai pegawai tertinggi.

Yang mungkin kita semua boleh terkejut adalah Henry Gurney ini pernah menjadi Ketua Setiuasaha British di Palestin. Dan ketika inilah polisi british dan zionis mula berakar dibumi Palestin.

Sebagai tambahan, aku kongsikan yang negara Israel itu diasaskan pada Mei 1948. Siapa orang penting yang terlibat? Siapa lagi kalau bukan Henry Gurney orang british yang kau puja-puja sangat.

Ada lagi yang aku na kongsi, ketika berada di Tanah Melayu, Henry Gurney pada suatu hari telah berada di Bukit Fraser. Ada suatu kumpulan bersenjata telah menyerang kereta yang dinaiki Henry Gurney dan keluarganya.

Ditembaknya Henry Gurney hingga mati. Tapi baiknya mereka hanya Henry Gurney saja ditembak walau isteri tercinta Henry Gurney bersama mereka tidak membunuhnya. Nama pembunuh itu Siu Mah.

Siapa Siu Mah? Siapa lagi kalau bukan komunis. Asalnya dia hanya tukang masak, tapi memilih Parti Komunis Malaya sebagai wadah menetang british ketika itu.

Siu Mah yang bunuh Henry Gurney? Betul, cina komunis.

Cina komunis yang tembak pembantai orang Palestin dan watak penting tertubuhnya negara Israel? Benar, cina komunis.

Tapi apakan daya, asal sepet saja cina, asal cina saja komunis, asa komunis saja DAP. Itulah naratif kita. Bilalah anak bangsa kita nak berfikir jauh sampai ke bulan.

Muhammad Syafiq Azmi

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka