Sistem janji temu vaksin bernilai RM70 juta, ini penjelasan menteri

Sistem janji temu vaksin bernilai RM70 juta, ini penjelasan menteri

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (Pick), Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan bahawa RM70 juta yang diperuntukkan untuk sistem janji temu dan integrasi data adalah berlebihan.

Dia mengulangi bahawa jumlah tersebut hanyalah had siling yang dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dan bukan kos akhir.

Tambahnya, Pick merupakan program imunisasi terbesar yang dilaksanakan di negara ini, yanf melibatkan 26.5 juta orang atau bersamaan 80 peratus keseluruhan populasi negara.

“Pick akan berlangsung sepanjang tahun ini yang pastinya memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun.

“Justeru, tidak timbul persoalan yang mendakwa seolah-olah peruntukan yang dibelanjakan adalah tidak berhemah,” katanha dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas Khairy memaklumkan semalam, bagaimana peruntukan RM5 bilion untuk program vaksinasi akan dibelanjakan.

Perkara yang menjadi bualan warganet merupakan peruntukan RM70 juta bagi integrasi data dan sistem janji temu.

RM5 billion allocation for National Covid-19 Immunisation Program
Infogram

Dalam penjelasannya hari ini, Khairy berkata peruntukan RM70 juta bagi integrasi data dan sistem janji temu itu meliputi 13 perkara.

“Saya ingin menjelaskan bahawa peruntukan bagi perkara/item ini adalah melibatkan integrasi dan pembangunan sistem pengantara bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin serta pemantauan bekalan vaksin dari penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.

Kata Khairy, antara sistem yang akan dibangunkan adalah:

1. pengurusan dan pemantauan pencapaian Pick;
2. pembangunan dashboard pelaporan harian Pick;
3. integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi KKM;
4. pembangunan sistem Chatbot;
5. pembangunan Laman Portal Pendaftaran Vaksin;
6. sistem pengesanan pendaftaran dan vaksinasi serta pembangunan perkhidmatan Google Map (tracking system) di dalam MySejahtera;
7. pembangunan sistem genomic surveillance dan sistem immunisation surveillance;
8. perolehan sistem pengurusan Queue Mobile untuk PPV;
9. integrasi sistem pasport digital dalam MySejahtera;
10. sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin;
11. pengendalian pusat panggilan (call center) berpusat di CITF;
12. sistem MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) bagi pengurusan mobilisasi sukarelawan dalam pelaksanaan program; dan
13. penghantaran SMS dan panggilan telefon bagi peringatan vaksinasi antara 5 hingga 10 kali peringatan bagi setiap orang.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/572608