Singapura tidak lanjutkan sokongan perumahan sementara pekerja Malaysia

Singapura tidak lanjutkan sokongan perumahan sementara pekerja Malaysia

Singapura tidak akan melanjutkan sokongan perumahan sementara kepada pekerja Malaysia yang bekerja di republik itu, susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada 14 April yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Justeru, Kementerian Sumber Manusia Singapura berkata, para majikan perlu memutuskan cara terbaik untuk menempatkan pekerja mereka yang terkesan.

“Atas faktor kesinambungan perniagaan dan kemapanan jangka panjang, majikan perlu memutuskan cara terbaik untuk menempatkan pekerja mereka yang terkesan, dan perkongsian kos tambahan dengan mereka,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Kementerian itu berkata, sepanjang minggu lalu pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa agensi untuk membantu memudahkan penempatan pekerja yang terkesan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/516835