“Sila buat kenyataan rasmi, lapor polis”, Mukhriz jawab tuduhan Sanusi

“Sila buat kenyataan rasmi, lapor polis”, Mukhriz jawab tuduhan Sanusi.

Dakwaan bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memindahkan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM13 juta ke akaun luar negara dianggap sebagai tuduhan yang serius.

Mukhriz berkata, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian yang dikatakan berlaku ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.

“Kita harap boleh dapat kenyataan rasmi kerana beliau (Muhammad Sanusi) tidak sepatutnya melontarkan dakyah atau tohmahan begitu saja seolah-olah langgar dan lari.

"Sila buat kenyataan rasmi, lapor polis", Mukhriz jawab tuduhan Sanusi

“Dakwaan itu perlu dibuktikan dengan saya pun tak tahu apa ceritanya. Saya menantikan kenyataan rasmi mengenai tuduhan dibangkitkan itu,” katanya pada sidang media secara dalam talian selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dalam sidang medianya mendakwa Mukhriz memindahkan wang MBI berjumlah RM13 juta ke akaun luar negara di Kanada dengan slip pemindahan masih disimpan pihaknya.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya membuat laporan polis jika yakin perkara itu berlaku.

“Ini kali pertama saya dengar mengenai kejadian ini. Jadi saya ingin sarankan Muhammad Sanusi buat laporan polis kalau beliau benar-benar percaya benda itu berlaku.

“Dalam Sidang DUN hari ini, beliau (Muhammad Sanusi) baru ditegur agar berhati-hati beri kenyataan. Jadi apabila beliau buat kenyataan begitu dalam sidang akhbar, itu satu dakwaan serius,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/757701/jangan-buat-tohmahan-seolah-olah-langgar-lari

BACA JUGA : Gempar !!! Sanusi dedah RM13 juta duit MBI dipindah ke akaun di Kanada waktu zaman Mukhriz

COMMENTS

Wordpress (0)