Sikap Rakyat Malaysia Masih Belum Berubah

Sikap Rakyat Malaysia Masih Belum Berubah

Baru sahaja memasuki tahun 2020, sikap segelintir besar rakyat Malaysia masih belum berubah. Walaupun Malaysia Bersih menjadi tema tahun ini. Sambutan Tahun Baharu 2020 dicemari dengan longgokan sampah 9 Tan yang dibuang merata-rata sekitar ibukota Kuala Lumpur. Sekali gus mencerminkan sikap dan ketidak perihatin rakyat Malaysia terhadap kebersihan dan imej negara dimata dunia dan para pelancong.

Pelbagai polisi dan program telah dianjur oleh kerajaan dalam mengurangkan pencemaran dan menjaga tahap kesihatan rakyat terbanyak. Ini dapat dilihat dengan wujudnya program Larangan menggunakan penyedut minuman dan larangan merokok ditempat awam. Usaha-usaha membawa Malaysia tercinta seperti diatas perlu diperbanyakkan lagi, namun usaha pihal kerajaan mahupun agensi-agensinya tidak mencukupi jika orang ramai masih berdegil dengan mengamalkan sikap membuang sampah merata-rata dan melakukan vandelisma terhadap harta awam.

Ini adalah perkara asas “buang sampah di tempat disediakan”, ianya perlu diterapkan sejak kecil. Bersesuaian lah dengan pepatah “Melentur buloh biarlah dari rebongnya”. Disini peranan pendidikan awal kanak-kanak perlu menerapkan disiplin dan sikap perihatin kepada Alam Sekitar, sebagaimana dilakukan di negara matahari terbit (Jepun) bergitu juga Singapura dan lain-lain negara maju.

Justeru itu rakyat Malaysia dan seluruh agensi dan kementerian perlu berganding bahu membawa perubahan ini, walaupun kita sedia maklum membentuk budaya dan generasi memakan masa yang lama.. Kata-kata US Navy Admiral : ” If you want to change the World, start off by making your bed” harus diambil ikhtibar, perubahan yang besar bermula dengan langkah pertama yang kecil.

Anas As-Said Zaharuddin
Ahli Amanah Sepang