Sikap ‘PDF’ kerajaan jika terus diamalkan akan merugikan banyak pihak

Sikap ‘PDF’ kerajaan jika terus diamalkan akan merugikan banyak pihak

MKN menyenaraikan 17 sektor yang boleh beroperasi ketika LOCKDOWN 2.0. Sektor tersebut terlalu subjektif dan pihak industri terlibat keliru samada mereka termasuk atau tidak dalam senarai tersebut.

Memberi contoh sektor makanan, ia melibatkan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, selenggara dan penghantaran. Rantaian industri ini melibatkan banyak sub-vendor yang saling memerlukan dan mungkin rantaian ini tidak termasuk dalam 17 sektor tersebut.

Setelah lebih setahun pandemik COVID-19, bagi melaksanakan LOCKDOWN, kerajaan sepatutnya telah kenal pasti syarikat-syarikat dan perniagaan yang terlibat dalam sektor penting. Senarai nama-nama syarikat serta perniagaan dikeluarkan ketika pengumuman dibuat bagi memudahkan mereka membuat persediaan.

Maklumat dan jenis perniagaan boleh didapati di jabatan atau badan berkaitan termasuk KPDNHEP, SSM, JKKP, CIDB, KWSP, LHDN dan lain-lain. Sepatutnya sistem maklumat berpusat ini telah pun dibangunkan sebagai persediaan menghadapi sebarang masalah atau bencana yang mendatang. Ia juga membolehkan kerajaan mengawal operasi syarikat serta perniagaan secara bersasar ketika LOCKDOWN.

Setakat ini, pihak industri perlu mendaftar semula melalui MITI dan kementerian berkaitan yang hanya beroperasi 20% tenaga kerja. Ia akan mengambil masa yang lebih panjang dan mengakibatkan perancangan kerja dan produksi tergendala.

Sikap PDF (PLAN-DO-FAILED) ini tidak boleh terus diamalkan kerana ia merugikan banyak pihak malah mengundang masalah lain yang lebih mudharat.

Sumber: