Aku pernah tertinggal hp atas meja dalam restoren di Thailand…. Selepas bayar di kaunter, aku terus pergi… Baru beberapa meter melangkah keluar dari kedai, tiba-tiba seorang perempuan Thai (bukan Islam) yang cara berpakaiannya macam GRO mendatangi ku dari belakang dan menghulurkan hp yang aku tertinggal tadi.Ini soal kemanusiaan, bukan soal agama atau bangsa…. Orang luar, walau apa pun agama dan bangsa mereka, tetapi merea adalah manusia yang ada hati dan perasaan… Mereka tidak bangsat nak ambik barang orang yang bukan hak dia… Nak ambik buat apa, dia sendiri pun ada handphone.Tetapi malang perasaan kemanusiaan itu tidak ada pada orang Islam di Malaysia….. Pantang lepa, rembat slalu…. tidak kira di masjid atau di surau, tak kira halal-haram langsung…. Orang Melayu, beragama Islam, kalau nampak jam tangan atau dompet orang tertinggal di tempat ambil wudhuk di surau, kalau tak curi dia rasa berdosa….Orang bukan Islam, jangan kata barang orang tertinggal di gereja atau kuil, tapi kalau jumpa barang orang di rumah urut atau dalam bar pun mereka tak ambik…. Orang kita, jangan kata barang orang, duit tabung masjid pun rembat…. Jangan kata barang orang kaya, susu getah dalam pot pun kena kelepek….. Dah lah harga getah murah, penoreh terpaksa menoreh semata-mata untuk menyambung hidup je, pun kena curi…. Padahal yang mencuri tu, keluarga dia lebih senang hidup dari penoreh getah.Pernah berlaku, pemilik pokok kelapa kutip dan kumpul buah kelapa untuk dijual, pun kena curi…. Dahlah curi buah kelapa, petangnya dia offer nak jual buah tu kat tuan kelapa tu sendiri…!Nak cakap apa, kalau sifat perikemanusiaan sudah tidak ada dalam diri orang Islam di Malaysia…. Tak tahu bagaimana manusia harus memanusiawikan kemanusiaan… cewah.Abe Awang Malaya