Sikap ‘kunci mulut’ Muhyiddin adalah bahaya, depan lain belakang lain – Puad Zarkashi

Sikap ‘kunci mulut’ Muhyiddin adalah bahaya, depan lain belakang lain – Puad Zarkashi

Tiga ADUN PAS minta maaf secara terbuka kerana tidak mengadap Raja Nazrin. Kenapa minta maaf. Silap atau sengaja tidak mahu jumpa?

PPBM juga tidak mengadap. Apakah kebetulan. Bekas MB dakwa, tiada jemputan untuk mengadap. Tetapi kehadiran ADUN Titi Serong dari PPBM ke Istana menghairankan.

Ahli Dewan Negara Perak TS Anuar Zaini kata, PAS dan PPBM memang dititah untuk mengadap. Tidak mungkin bahasa istana berbelit belit untuk difahami.

Seperti yang didedahkan dalam FB Mas Ermiyati, ramai yang menyumpah seranah Muhyiddin bila Peja terpelanting. Tetapi Muhyiddin tetap kunci mulut.

Kunci mulutlah yang bahaya. Depan lain, belakang buat lain. Muhyiddin hingga hari ini kekal kunci mulut tentang I-Sinar KWSP, moratorium dan RCI Tabung Haji.

Orang akan bosan. Maka janganlah marah kalau ada pihak lain ambil tindakan drastik. Salahkan diri sendiri kerana lambat bertindak.

Sebab itu orang tidak minat bila Hamzah Zainuddin cadang tubuh “Gagasan Besar”. Caca marba PN pun tidak selesai. Nak tubuh baru pula?

Benda baru yang belum ada kasih sayang menggalakkan kerja khianat. Siapa nak percaya. Pengkhianat suka kata, dia adalah “Penyelamat”. Sebaliknya perosak.

Maka untuk “Grand Coalition”, UMNO tidak perlu minta maaf. UMNO kekal dengan BN.

Sumber :