Sikap khianat sahabat buat orang kecewa dengan Muhyiddin

Sikap khianat sahabat buat orang kecewa dengan Muhyiddin.Ada seseorang dia kata dia kecewa dengan saya kerana asyik mengkritik Mahiaddin. Dia kata sepatutnya saya guna pena untuk membela Mahiaddin yang berbuat untuk kepentingan bangsa dan agama.

Saya tidak terkilan dengan luahannya itu.

Saya jelaskan setiap tindakan kita mesti berasas yang dipandukan pemikiran yang bebas bukan taksub membuta tuli. Kita diberikan akal fikiran untuk merdeka.

Demikian juga dengan saya mengkritik Mahiaddin yang masih bersifat konstruktif. Saya masih reserve mengkritiknya. Saya tiada dendam dengannya.

Adapun asas kenapa saya mengkritiknya kerana berpunca daripadanya sendiri juga. Perbuatan kudeta, adalah mengkhianati erti persahabatan dan kesatuan.

khianat

Mahiaddin telah berpolitik terlalu kejam. Dia gagal membaca kecelakaan buat semua dengan tindakan itu. Itu hukum karma harus diterima.

Beliau beralasan kenapa dia berbuat begitu adalah kerana hendak selamat keadaan. Keadaan dimaksudkan itu kerana bimbang kekuasaan bukan Islam dalam kerajaan PH.

Saya menuntut beberapa kali agar dia jelaskan maksud kebimbangan itu dengan tuntas tetapi gagal dijelaskan hingga kini. Jika ia menjelasnya dengan logik mungkin orang bersimpati dengannya.

Justeru saya menganggap dia hanya beralasan yang sebenarnya beliau gila kuasa, mahu memenuhi cita² terpendamnya, dan terbukti hari ini walaupun majoriti tak ada dia terus bergagah dan kemabukan kuasa.

Sumber:

BACA: KPWKM sedia bantu keluarga Siti Sarah – Menteri