Sidang parlimen selama 5 hari bermula 26 Julai – Pejabat PM

Sidang parlimen selama 5 hari bermula 26 Julai – Pejabat PM

Sidang parlimen selama 5 hari bermula 26 Julai – Pejabat PM.

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 26 Julai, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,” kata kenyataan itu.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581786

BACA JUGA : SOP perlu dikaji semula, ‘kurung’ rakyat dah tak relevan – TMJ