Sidang khas buat apa lagi kalau semua MP dah dipanggil ke KL?

Sidang khas buat apa lagi kalau semua MP dah dipanggil ke KL?

Sidang khas buat apa lagi kalau semua MP dah dipanggil ke KL. Cadangan memanggil semua wakil rakyat untuk menghadiri sidang khas Parlimen semata-mata untuk meminda Peraturan Mesyuarat berkaitan persidangan secara hibrid adalah ‘tidak masuk akal’, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Sidang khas

Katanya, tiada keperluan sidang khas berkenaan dibuat dan sebaliknya jika semua Ahli Parlimen sudah dipanggil ke Kuala Lumpur termasuk dari Sabah dan Sarawak, sidang penuh Dewan Rakyat boleh dibuat.

“Beliau (speaker dewan) nak panggil wakil rakyat kena hadir secara fizikal dan bila sampai sini (Parlimen), jumpa lebih kurang setengah hari macam itu untuk luluskan apa?

“Hanya untuk meluluskan beberapa perkara untuk sidang hibrid sahaja. Sudah panggil (ahli Parlimen) datang ke Kuala Lumpur pada awal Ogos, buat sahajalah sidang Parlimen penuh,” kata beliau menerusi siaran langsung di Facebook malam tadi.

Terdahulu, dalam kenyataan bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim menyatakan persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Sehubungan itu, Parlimen mencadangkan agar satu sidang khas Parlimen diadakan pada awal Ogos bagi memperincikan resolusi diperlukan untuk diterima pakai berkaitan peraturan mesyuarat dan perkara teknikal berkaitan.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, kerajaan tidak perlu takut kerana tidak timbul isu undi percaya atau tidak percaya jika sidang Parlimen dibuat.

“Saya tidak faham kenapa isu ini timbul sebab semua usul yang ada (termasuk undi percaya atau tidak percaya) dibelakangkan kerana mengutamakan urusan kerajaan terlebih dahulu,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/28/dah-panggil-semua-datang-ke-kl-buatlah-sidang-parlimen-penuh-kata-fahmi/

Jangan Terlepas : Gempar !!! Speaker Dewan Rakyat dipanggil menghadap Agong