Siasatan kes gangguan seksual dikait Ebit Lew, ini penjelasan polis

Ebit Lew

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.

“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Siasatan kes gangguan seksual dikait Ebit Lew, ini penjelasan polis

PENGARAH JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mangsa.

Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.

“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.

“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/757640/siasatan-kes-gangguan-seksual-dikaitkan-dengan-ebit-lew-masih-diteruskan

BACA JUGA : Gempar !!! ‘Diana’ dedah jadi mangsa seksual pendakwah terkenal

Artikel ini disiarkan pada 22/09/2021

COMMENTS

Wordpress (0)