Siasat Azmin Dibawah Kanun Keseksaan Kerana Menimbulkan Panik Kepada Negara

Siasat Azmin Dibawah Kanun Keseksaan Kerana Menimbulkan Panik Kepada Negara

Saya mencadangkan agar Azmin Ali, Zuraida dan 9 bekas MP PKR disiasat di bawah s. 124B dan s. 124C Kanun Keseksaan dan jika terdapat bukti yang kukuh, mereka mesti didakwa akibat perbuatan jenayah mereka yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen dalam negara kita.

Mereka tidak boleh sama sekali dimaafkan. Perbuatan mereka telah menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan negara kita ke tahap yang membimbangkan dan panik.

Langkah ini perlu bukan saja sebagai hukuman terhadap perbuatan jahat mereka, malah sebagai pengajaran kepada pihak lain agar tidak melakukan jenayah yang sama kepada negara.

Oleh : Mohd Fitri Bin Asmuni