Siapa yang sebenarnya gagal dalam ‘peperangan’ melawan Covid-19 di Malaysia?

Siapa yang sebenarnya gagal dalam ‘peperangan’ melawan Covid-19 di Malaysia?

Saya telah menelaah TALKING POINT MENTERI KANAN PERTAHANAN MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP), bertarikh 22 MEI 2021.

Saya dapati bahawa ia tidak mempamirkan data mutakhir tentang taburan COVID-19 di Malaysia. Maka tidak hairan jika beberapa rumusan yang dibuatnya tidak tepat kerana tidak disokong oleh maklumat terkini. Ini sebenarnya bukan kesilapan Menteri Kanan tetapi kesilapan besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak melengkapkan beliau dengan fakta yang sahih dan kontemporari.

Ini membawa saya kepada suatu kelemahan yang amat besar di dalam rumusan Menteri Kanan dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kanan telah menjurus hanya kepada satu daripada dua strategi yang ulung di dalam usaha membendung penularan COVID-19 yang kian liar di Malaysia MKN hanya fokus kepada perincian PKP yang lebih ketat TETAPI tidak langsung menggarap kegagalan KKM di dalam menangani wabak COVID-19 berasaskan budaya kerja kesihatan awam dalam pengurusan pandemik

Bak kata perpatah Bahasa Inggeris, MKN “totally missed the elephant in the room”

Menteri Kanan menyatakan, “Trend peningkatan kes harian di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia, yang memaksa kerajaan mengetatkan lagi sekatan-sekatan pergerakan …”

Ini merupakan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah, Badan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros yang berbunyi;
“Globally, we are now seeing a PLATEAUING in the number of COVID-19 cases & deaths, with declines in most regions”

Bahkan semenjak 24 April 2021, kes COVID-19 didunia telah mula menurun seperti kelihatan dirajah pertama.

Kematian warga dunia juga telah menurun sejak 20 April 2021 dirajah kedua.

Senario COVID-19 di Malaysia tidak seiring tren dunia. Kes dan kematian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trajektori yang meningkat dan merbahaya seperti dipamirkan di rajah ketiga dan keempat.

Jika dibandingkan dengan negara2 di Asia, Malaysia merupakan negara yang kedua paling teruk, selepas India, di dalam kes kumulatif COVID-19 bagi setiap satu juta penduduk, seperti tertera di dalam rajah kelima.

Fakta terkini ini merupakan suatu petunjuk kepada MKN bahawa, bukan saja ia wajib menumpukan perhatian kepada kaedah2 “mengetatkan lagi sekatan-sekatan pergerakan ke atas rakyat mereka dengan tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19” tetapi MKN juga wajib menilai kembali strategi KKM yang semenjak September 2020 telah gagal untuk melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 dan kini berdepan dengan krisis sistem kesihatan yang tidak berupaya untuk menampung dan mengurus kes yang melambung tiggi dan berdepan dengan kematian yang terus meningkat.

Amat wajar untuk MKN merujuk kepada kumpulan Expert Advsiory Group (EAG) yang telah dilantik oleh Perdana Menteri. Mereka telah pun memberikan beberapa cadangan yang bernas dan praktital tetapi masih tidak dioperasikan oleh KKM yang terperangkap dengan kaedah “business as usual” [1,2]

Terdapat banyak ide dan cadangan yang telah dikongsikan oleh beberapa pakar kesihatan awam dan lain-lain untuk mengeluarkan kita dari pandemik ini. [3,4]

Namun demikian, ia tidak diindahkan oleh pihak KKM yang masih melakukan apa yang dianggap sebagai, proses kerja yang kurang siuman (insanity) “doing the same thing over and over again, but expecting different outcomes”

PKP yang kini diperketatkan ini wajib diisi dengan strategi COVID-19 yang lestari yang berpandukan Sains untuk melakukan mitigasi demi mengawal penularan COVID-19.

Ianya berpaksi kepada 4 pendekatan yang utama:

a. Mendapatkan semula kepercayaan rakyat jelata
b. Menetapkan semula (Reset) FTTIS dengan kadar respon yang pantas [5]
c. Penggunaan sains data, Artificial Intelligence (AI) dan solusi digital yang melajukan gerak kerja dan meringankan bebanan kepada pekerja kesihatan [6]
d. Meningkatkan keyakinan kepada vaksin, mempercepatkan dan menaikkan skala pemberian vaksin [7,8,9]

Hanya dengan pengisian pengurusan pandemik yang tepat dan pantas semasa PKP yang diperketatkan ini, dengan pendekataan whole-of-government dan whole-of-society, kita akan:

a. Berjaya untuk melindungi kapasiti perkhidmatan hospital dan rawatan intensif, dan terus mengguatkan daya tahan perkhidmatan kesihatan [10]
b. Hanya dengan demikian, kita boleh secara beransur melegakan kawalan ketat PKP untuk memelihara ekonomi rakyat dan negara dan menjauhi daripada kecelaruan sosio-psikologikal [11]
c. Keluarkan kita daripada kitaran PKP yang beterusan dan akhir nya daripada konkongan pandemik ini
d. Dan kita mesti menyediakan rancanagan kesiap-siagaan untuk berdepan dengan gelombang COVID-19 maupun pandemik lain yang bakal berlaku [12]
e. Kita mesti manafaatkan inovasi Revolusi Industri Keempat (IR4) untuk menyokong maslahah rakyat terutama didalam menghadapi cabaran kesihatan, sosio-ekonomi dan pendidikan [13]

Malaysia kini di ambang pandemik kritikal yang mengancam kesihatan rakyat dan kestabilan sosio-ekonomi negara. Jika MKN tidak membuat semakan yang wajar dan tepat terhadap kegagalan KKM untuk melandaikan lengkung pandemik dan hanya memperketatkan PKP semata-mata, negara kita akan terperangkap didalam gelombang COVID-19 yang berterusan dan kitaran PKP yang tidak menentu, yang sudah pasti akan memusnahkan nyawa dan mata pencarian rakyat dan ekonomi negara.

Berita penuh : https://drmusanordin.com/2021/05/23/pkp03-siapa-sebenarnya-gajah-di-dalam-bilik/