“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”

“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”. Selain daripada pacat, lintah juga merupakan haiwan yang ditakuti sesetengah orang kerana sifatnya yang suka melekat di kaki dan menghisap darah tanpa kita sedar.

Namun, lain pula yang terjadi baru-baru ini apabila seorang budak perempuan cuba untuk menarik lintah daripada kakinya telah mencuri tumpuan ramai.

“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”

Kebiasaannya, lintah ini akan berada di dalam kawasan yang lembab seperti paya, parit dan kolam yang berlumut.
Lihat Video

Tengah syok rendam kaki, tiba-tiba menggelabah bila nampak lintah melekat. Menerusi video yang dimuat naik oleh @ikaidayu, kelihatan budak perempuan itu sedang merendamkan kakinya di dalam sebuah parit di kawasan sawah padi sambil melihat abangnya mencangkul sesuatu.

Namun, situasi tenang itu menjadi panik apabila dia mendapati seekor lintah melekat di kakinya. Budak perempuan itu automatik menjerit dan tidak duduk diam sambil cuba untuk mencabut lintah tersebut. Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila si perakam yang merupakan kakaknya turut menj3rit sakan kerana terkejut melihat adiknya tiba-tiba menggelupur. Malah, dia tidak cuba untuk menolong si adik. Kesudahannya, mereka berdua sama-sama menj3rit.

“Hahahaha sorry tergelak sebab nampak dia tak buang apa-apa just campak angin. Sorry dik, kalau akak kat situ pun akak boleh tolong jerit je” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 5M tontonan, 417.2K tanda suka dan 8.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua. Malah, ada yang berkata lepas ini confirm budak itu trauma dan tak akan pergi dekat kolam air sebegitu lagi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok

“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”

“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”

Tonton:

Baca:

Terkejut jumpa fosil kepala raksasa laut sebesar lelaki dewasa

Penat dengan rakyat Malaysia, Kak Long undur diri dari media sosial

“Dulu beli harga RM48 je, sekarang cincin ini bernilai RM3.75 Juta”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)