Siapa Perdana Menteri ? Hari ini bakal jadi penentu

Teka teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini.

Ini susulan kesemua Ahli Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri seterusnya.

Surat akuan bersumpah itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya jam 4 petang ini, atau ia tidak akan diambil kira.

Perkara ini dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis yang dikeluarkan pada Isnin.

Perdana Menteri

Jelasnya, selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang dalam hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Azhar berkata surat akuan bersumpah itu tidak dibenarkan dihantar melalui serahan tangan untuk mengelakkan penularan COVID-19 memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Semalam, barisan pemimpin parti politik menghadap YDPA al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah shah di Istana Negara bagi proses menentukan calon Perdana Menteri baharu seterusnya membentuk kerajaan.

Sesi itu bermula 2 petang dan selesai kira-kira dua jam kemudian.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan majoriti apabila 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpinnya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/tekateki-siapa-perdana-menteri-ke9-mungkin-berakhir-hari-ini-314657

 

BACA JUGA :

Solid Anwar : Mahfuz hantar SD esok

Wan Muhammad Azri bimbang jika PH kembali tadbir negara

Panas !!! Ulama Pas memulakan serangan terbuka terhadap Pemimpin Umno