Siapa bakal meledak, Umno atau PPBM?

Siapa bakal meledak, Umno atau PPBM?

Siapa bakal meledak, Umno atau PPBM? tu topik dalam fb live saya bersama Dato Razlan malam tadi. Ia anjuran Dialektika TV. Moderatornya ialah Sdr Syed Munawar.
Bukan UMNO yang meledak. Tetapi UMNO yang ledak parti parti lain terutamanya PPBM.

UMNO cukup pengelaman dengan krisis dan sengketa. UMNO pernah ada team A dan team B. UMNO pernah diharamkan. UMNO juga hilang kuasa di PRU ke 14.

Tetapi apakah UMNO mati dan dikuburkan? Parti Semangat 46 lahir dari UMNO. Akhirnya parti itu yang meledak dan tutup kedai.

Siapa

Setelah PRU ke 14, UMNO meledak PPBM di PRK DUN Semenyih. PPBM malu besar kalah teruk di PRK Tg Piai. PPBM berpecah dan Kerajaan PH tumbang.

Sebab itu setakat ada pemimpin UMNO keluar masuk parti, ia lumrah. Kelahiran kluster katak bantu UMNO buat penapisan dan penyucian. UMNO tidak akan meledak sampai berkecai.

Lantikan TPM adalah pengakuan PPBM, parti itu boleh meledak bila UMNO tarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Tunggulah.

Sumber:

Jika terlepas: Semakin ramai jadi gelandangan di Ipoh