Sherie Merlis alami simptom ‘burnout’ yang amat ketara

Sherie Merlis

Sherie Merlis alami simptom ‘burnout’ yang amat ketara.Pengasas bersama sebuah klinik swasta berkongsi keadaan pelakon, Sherie Merlis yang kelihatan terlalu penat, lesu dan pucat ketika mengunjungi keluarga aktres itu yang kini menjalani kuarantin.

Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman menerusi akaun Instagram @kai_kaklong berkongsi, beliau dihubungi Sherie melalui panggilan video yang ingin bertanya mengenai keadaan ibunya.

“Pada ketika ini Sherie sedang menjaga ibu yang terlantar, bapa yang kurang sihat, dua anaknya serta dua lagi anak saudara.

“Kak Long tanya bila kali terakhir Sherie makan atau sempat tidur dan Sherie tidak memberi respons yang baik selain menunjukkan simptom ‘burnout’ yang amat ketara,” tulisnya semalam.

Sherie Merlis

Katanya, apabila tiba, Sherie berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan petugas kesihatan memberinya air coklat suam namun dia hanya merenung minuman tersebut sebelum memintanya untuk baring dan cuba tidur.

“Sherie asyik terkejut, terjaga selain bercakap dalam keadaan mamai yang dia perlu bangun menguruskan ibunya, beri makan anak-anak, urus rumah dan macam-macam lagi.

“Allah luluhnya hati Kak Long melihat keadaan Sherie. Sherie dapat tidur ayam tidak sampai sejam sudah bangun,” ujarnya.

Ahad lalu, Kosmo! melaporkan, adik perempuan Sherie bersama suami dan dua anak yang positif Covid-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) di ibu kota.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/26/luluh-hati-kak-long-lihat-keadaan-sherie/

BACA: Ismail Sabri dijangka persembah senarai kabinet kepada Agong hari ini