Shahrir Samad dedah punca sebenar PN lengahkan parlimen bersidang

Shahrir Samad dedah punca sebenar PN lengahkan parlimen bersidang

Shahrir Samad dedah punca sebenar PN lengahkan parlimen bersidang.

Falsafah ‘scheme of things’ yang dijadikan asas politik Perikatan Nasional (PN) didakwa menjadi punca kerajaan pimpinan parti itu sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri masih berlengah mengadakan persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menjelaskan, scheme of things adalah kepimpinan kerajaan masih tetap bersandar falsafah bahawa badan pengubal undang-undang masih di bawah taklukan Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Katanya, ketika hampir semua negeri menyatakan kesediaan untuk mengadakan sidang DUN masing-masing, masih ada segelintir menunjukkan sikap sebaliknya.

Shahrir Abdul Samad - Wikipedia

Shahrir Samad 

“Di lapan negeri langsung tidak timbul sebarang prasangka terhadap kebijaksanaan Raja-Raja Pemerintah yang menyerahkan peranan menyatukan rakyat secara langsung kepada wakil-wakil rakyat telah dipilih sendiri oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Kecuali bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Malah Majlis Raja-Raja juga berpandangan bahawa sidang Parlimen dan DUN perlu diadakan secepat mungkin.

Sebaliknya kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan jawatankuasa dianggotai ahli Parlimen kerajaaan dan pembangkang akan ditubuhkan untuk meneliti kaedah bagaimana Dewan Rakyat boleh bersidang.

Dalam pada itu, Shahrir merangkap Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru kemudian menjelaskan hasrat lapan negeri mengadakan sidang DUN kerana berpandangan sama dengan Raja-Raja Pemerintah masing-masing iaitu perlu bersidang secepat mungkin.

“Tiada langsung perbahasan maksud frasa ‘secepat mungkin. Malah tiada hujah implikasi peruntukan Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak mempunyai kesan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Tiada pembentukan jawatankuasa untuk teliti bagaimana DUN boleh bersidang secepat mungkin, tetapi ia terus disambut secara ikhlas dan teratur pendirian Raja-Raja Pemerintah mereka,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/scheme-of-things-punca-pn-lengahkan-parlimen-dan-dun-bersidang-kata-tokoh-veteran-umno/