Setelah viral video Muhyiddin kena maki, peniaga ini tampil beri penjelasan…

Setelah viral video Muhyiddin kena maki, peniaga ini tampil beri penjelasan…

Seorang peniaga air di bazar Ramadan Precint 3 Putrajaya hari ini menafikan dakwaan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil bahawa beliau “memaki hamun” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang membuat tinjaun semalam.

Faisal Zaini, yang menjual jus mangga berkata laungan tersebut hanya sekadar “trademark” beliau yang juga bekas anggota tentera.

“Saya tak ada niat nak cakap dekat Tan Sri apa-apa. Saya lagi suka Tan Sri lalu depan saya sebab dah lama saya tak ucapkan salam kepada Tan Sri,” kata Faisal merujuk kepada Muhyiddin sebagai respons terhadap dakwaan beliau memaki hamun perdana menteri.

“Trademark saya begitu sebab dari saya anggota (tentera) sampai (pekerja) awam, saya tetap teruskan kehidupan.”

Hari ini Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Najib Razak ketika menjadi perdana menteri, memuat naik sebuah video menunjukkan Muhyiddin melawat bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya kelmarin.

Peniaga nafi maki PM, hanya laungan memanggil pelanggan

Dalam video tersebut, kedengaran suara Faisal melaungkan “trademark” jualan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Padu punya, hari-hari kami menjual, hari-hari kami pulun, hujan panas kami turun, tinggai tak banyak dah, atas meja ja lagi.”

Tangkap layar peniaga jus mangga Faisal Zaini yang juga bekas anggota tentera tidak berniat menghina perdana menteri dalam sebuah video tular.
Namun, laungan itu disalah tafsir oleh Isham yang menganggap Faisal mengecam perdana menteri.

“Keluh rakyat di bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya kelmarin sambil perdana menteri berlalu jalan.

“Mungkin audio ini yang kerajaan dan perdana menteri perlu beri perhatian untuk dengar betul-betul apa yang sebenarnya orang itu laungkan,” katanya di laman Facebook.

“Dengarlah suara dan rintihan rakyat.”

Zulfazli, pembantu di gerai Faisal mengatakan menegaskan tulisan Isham itu sebagai fitnah.

“Yang viral di media sosial, itu semua fitnah,” katanya.

“(Kami) tak tujukan kepada perdana menteri.”

Berita Penuh :https://negaramerdeka.com/peniaga-nafi-maki-pm-hanya-laungan-memanggil-pelanggan/