Setelah tular dine In di kedai makan, Tok Pa disiasat Polis

Setelah tular dine In di kedai makan, Tok Pa disiasat Polis

Setelah tular dine In di kedai makan, Tok Pa disiasat Polis

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) malam ini mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan kehadiran Datuk Seri Mustapa Mohamed di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan, semalam.

Setelah tular dine In

Berikut kenyataan penuh tersebut:

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)
KENYATAAN MEDIA
KEHADIRAN DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED DI SEBUAH KAFE DI KAMPUNG KALAI, JELI.

Pada pukul 5.30 petang Sabtu, 26 Jun 2021, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat.

Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.

Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.

Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)
10.10 malam 27 Jun 2021 PUTRAJAYA

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/polis-buka-kertas-siasatan-terhadap-mustapa-mohamed/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=polis-buka-kertas-siasatan-terhadap-mustapa-mohamed

JANGAN TERLEPAS:Timbalan Menteri didakwa langgar SOP sambut hari bapa