Setelah teruk dikecam netizen kerana diam di Parlimen, Najib kata tunggu Rabu

Setelah dikecam kerana berdiam diri sepanjang parlimen bersidang hari ini, bekas perdana menteri Najib Razak, berjanji akan memberikan sesuatu yang berbeza apabila tiba gilirannya beraksi ‘beraksi’ Rabu ini.

“Seperti yang saya jelaskan dalam posting tadi, saya telah minta masa diberikan ketika penerangan oleh Menteri Kewangan, belum dapat pengesahan.

“Harap dapat, tunggu giliran saya beraksi hari Rabu nanti. Saya jamin ianya akan lain dari yang lain,” katanya di Facebook hari ini.

dikecam

Najib Razak berkata beliau akan memanfaatkan sepenuhnya giliran untuk berucap di Parlimen Rabu ini.

Tetap mempertahankan dirinya, Najib enggan dirinya disamakan dengan Ahli Parlimen pembangkang yang suka mengganggu dan mencelah ketika perbahasan.

Najib berkata, bukan caranya untuk mencelah bahkan ketika berada dalam pembangkang semasa Pakatan Harapan berkuasa, sebaliknya beliau mahu memanfaatkan sepenuhnya giliran untuk berucap dalam Parlimen.

“Saya jarang celah dan saya tidak angkat buku peraturan mesyuarat.

“Saya ada cara saya dan saya manfaatkan sepenuhnya giliran saya untuk mengucap dalam Parlimen

“Tapi masa PH, adakah Najib melompat-lompat dalam Parlimen? Tidak. Sebab saya bukan (Ahli Parlimen) Jelutong (RSN Rayer) atau Lid (Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad).” katanya.

Terdahulu, beliau berkata dia tidak ada gunanya membela kerajaan atau hanya mengkritik Putrajaya, sambil menambahkan bahawa apa yang diperlukan adalah kepemimpinan untuk mengatasi krisis kesihatan dan ekonomi.

Najib dan pemimpin Umno yang lain mendapat kritikan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa netizen MUDA kerana gagal mengkritik kerajaan di Parlimen walaupun galak mengkritik pentadbiran di media sosial.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak hadir hari ini kerana positif Covid-19, sebelumnya telah mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/26/mencelah-bukan-cara-saya-tunggu-rabu-ini-kata-najib/

BACA JUGA : Jenazah ibu terbiar lebih 8 jam tak boleh diurus, tunggu pengesahan kematian

COMMENTS

Wordpress (0)