Setelah nama Ismail Sabri naik, Nazri minta semua MP Umno lupakan sengketa

SD

Setelah nama Ismail Sabri naik, Nazri minta semua MP Umno lupakan sengketa. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih

Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada MT UMNO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

nama

“Kini masa untuk semua ahli parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan kembali bersatu demi memastikan usaha kerajaan melawan COVID-19 dan membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada Astro AWANI.

Nazri berkata tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.

Beliau menegaskan, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat yang sememangnya menjadi fokus utama UMNO selama ini.

“Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.

“Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.

“Tidak perlu lagi kita bertelagah dan fokus kepada usaha lawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Jawatan Perdana Menteri kosong ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.

Terdapat dakwaan mengatakan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/terima-kasih-kerana-pilih-ismail-sabri-nazri-314638

BACA: New Zealand kesan 1 kes baharu Covid-19, terus umum ‘lockdown’