Setelah kecoh isu tahnik, Siti Nurhaliza tutup komen Instagram

Setelah kecoh isu tahnik, Siti Nurhaliza tutup komen Instagram

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikritik agak hebat kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa dilihat telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya sejak semalam.

Berdasarkan pemerhatian, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti telah menyekat ruangan tersebut dalam beberapa entrinya yang terkini bagi mengelakkan kata-kata negatif yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dia mula menjadi perhatian netizen dan peminat apabila majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini telah membuka ruang pertikaian kerana negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, ramai yang beranggapan bahawa Siti Nurhaliza kurang sensitif dengan orang ramai yang masih lagi menunggu peluang untuk mengadakan majlis dan pulang ke kampung bertemu ahli keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ada juga yang berasa kurang senang melihatkan beberapa tetamu undangan telah dibenarkan untuk merentas negeri semata-mata majlis tahnik seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta tiga lagi penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Sementara itu, pihak polis dilaporkan telah selesai merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut berhubung dakwaan pelanggaran SOP PKPB.

Sumber : https://beautifulnara.com/tok-ti-is-cancelled-susulan-kes-majlis-tahnik-siti-nurhaliza-tutup-komen-instagram/