Setelah dipecat, Annuar Musa ucap selamat maju jaya kepada Zahid

Annuar Musa disingkirkan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) – namun membayangkan beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenainya.

Ahli Parlimen Ketereh itu enggan mengulas pengguguran beliau, sebaliknya sekadar berkata sekarang masanya untuk “bertenang” sambil menambah tiada apa untuk dikatakan buat masa ini.

Bagaimanapun, dalam satu ciapan di Twitter, Annuar melampirkan gambar dipercayai mesej dihantarnya kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Pesanan itu berbunyi, “Saya dimaklumkan media yang saya telah dipecat sebagai SUA (setiausaha agung) BN dan SU (setiausaha) MN (Muafakat Nasional).

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini,” kata beliau.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslah mengesahkan Annuar “digantikan” sebagai setiausaha agung BN dan juga wakil UMNO dalam seketariat MN.

Annuar yang dilihat mesra PN dan PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin kerap menghadapi kritikan pemimpin UMNO tertentu yang melihat beliau semakin cenderung mempertahankan PN dan mengabaikan kepentingan UMNO.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menafikan tuduhan berkenaan.

Semalam, beliau menyatakan kesanggupannya dipecat dalam memperjuangkan kerjasama antara parti Melayu dan dalam kerajaan PN.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/05/terima-kasih-kata-annuar-kepada-zahid-selepas-dipecat-setiausaha-agung-bn/

COMMENTS

Wordpress (0)