Setelah 20 tahun peristiwa 9/11, segala kepalsuan mula terbongkar

Setelah 20 tahun peristiwa 9/11, segala kepalsuan mula terbongkar.Tahun ini genap 20 tahun berlakunya serangan ke atas bangunan Pusat Daga­ngan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) yang me­ngorbankan lebih 3,000 nyawa.

Serangan pada 11 September 2001 itu turut menggemparkan Pentagon apabila sebuah pesawat menghentam ‘kota pertahanan’ utama AS itu selain sebuah lagi terhempas di Pennsylvania.

Namun bagi Heather Bauer, jauh di sudut hatinya, ulang tahun 9/11 kali ini adalah ‘lain daripada yang lain’ yang dirasainya.

Menurutnya, peristiwa itu bukannya berkaitan ‘tumbangnya’ menara berkembar WTC atau jatuhnya pesawat di Pentagon serta di Pennsylvania.

Daripada versi yang diterima – bahawa al-Qaeda melakukan serangan itu – dia sendiri percaya kerajaan AS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku.

Itulah antara ‘kepalsuan’ yang ‘dipromosikan’ di pelbagai acara memperingati ulang tahun ke-20 peristiwa 11 September.

“Saya mempersoalkan semuanya sekarang,” katanya.

Menurut Bauer, perkara itu termasuk Covid-19 yang beliau sendiri tidak mempercayainya.

 tahun

Bauer, seorang suri rumah di Wisconsin, berusia 14 tahun ketika serangan 11 September berlaku.

Beliau mempercayai ‘jalan cerita’ itu selama bertahun-tahun tetapi selepas mempercayai teori konspirasi QAnon, Bauer kembali melihat kisah 9/11.

Bauer ketika ini berpendapat serangan itu disusun untuk ‘menghalalkan’ perang di Iraq yang berlaku pada 2003.

Bauer merupakan ‘penganut’ setia pergerakan konspirasi 9/11 dengan anggotanya selalu membincangkan mengenai bukti runtuhnya bangunan WTC.

Menurut mereka, WTC runtuh bukannya disebabkan serangan pesawat tetapi isu teknikal lain.

SEORANG lelaki berdiri di sebalik kesan runtuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. – AFP
‘NEGARA KONSPIRASI’
Bauer turut mendedahkan pergerakan yang dianggotainya turut membincangkan asal-usul Covid-19 dan vaksin.

Edisi ke-17 ‘Festival Filem Kebenaran 9/11’ yang akan berlangsung di Oakland, California dan disiarkan secara dalam talian, memaparkan dua dokumentari yang berkaitan dengan pandemik, termasuk ‘plandemic’, sebuah dokumentari yang membongkar ‘kepalsuan mengenai virus’.

Carol Brouillet, penganjur acara dan pengasas Northern California 9/11 Truth Alliance, berkata: “Terlalu banyak yang mahu didedahkan.”

Menurutnya, jumlah kan­dungan kebenaran di sebalik 9/11 sangat besar.

Salah seorang panel unda­ngan, Ken Jenkins sendiri telah menghasilkan puluhan video berkaitan 9/11.

Jelasnya, teori konspirasi 9/11 adalah yang pertama mendapat perhatian melalui akses internet termasuk mengenai pembunuhan John F. Kennedy dan ekspedisi mendarat di bulan.

“Amerika adalah negara konspirasi yang unik,” kata Garrett Graff, seorang wartawan dan pengarang buku mengenai perkara itu.

Dengan adanya internet, katanya, teori kebenaran 9/11 dapat mencapai jangkauan yang lebih besar dan cepat daripada konspirasi sebelumnya.

‘DARI ANTRAKS KEPADA PANDEMIK’
Graff berkata, konspirasi 9/11 tiba pada saat yang tepat di mana media sosial dan media dalam talian seperti YouTube memboleh­kan sesiapa sahaja ‘menyebarkan idea’ dengan cara yang luas.

Seperti kumpulan Brouillet, Jawatankuasa Peguam untuk Inkuiri 9/11 yang akan bersidang sempena ulang tahun ke-20 peris­tiwa itu selain membincangkan mengenai Covid-19.

Acara dinamakan ‘From 9/11-Anthrax to the pandemic’ itu merujuk kepada surat-surat yang mengandungi racun yang dihantar kepada wartawan dan ahli politik pada September 2001.

Bagi Mick Harrison, seorang peguam di Indiana, hubungan antara antraks pada 2001 dan virus Covid-19 pada hari ini sangat jelas.

“Kerana kami meneliti sejarah AS mengenai senjata biologi untuk kes antraks, kami sekarang bimbang mungkin ada ‘masalah yang berterusan’ dengan penggunaan senjata biologi di negara ini,” kata Harrison.

Ketika ditanya mengenai mengapa mereka berjuang untuk menidakkan naratif berusia 20 tahun yang sudah disahkan, Bauer dan Harrison, kedua-duanya mengatakan mereka melihatnya sebagai tugas sebagai seorang rakyat.

“Saya berusaha menjadikan negara ini lebih baik dengan menjadikan pemerintahannya lebih demokratik, lebih bertanggungjawab, lebih telus.

“9/11 adalah masalah besar dalam hal itu, kerana kami masih tidak mengetahui kebenaran tentang apa yang terjadi,” jelas Harrison.

Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/20-tahun-peristiwa-serangan-9-11-semuanya-palsu/

BACA: RUU355 kena tunggu kelulusan dasar kabinet dahulu, kata Idris