Setahun Kerajaan PN:Pemuda ini cerita gambaran sebenar episod pengkhianatan langkah Sheraton

Kebetulan hari ini 23 Febuari 2020 adalah dimana Kerajaan PH tumbang disebabkan pengkhianatan, waktu aku menulis ini, inilah waktu setahun lepas, Semua Pemimpin utama Bersatu, UMNO, GPS, Warisan dan PAS menunggu kehadiran Tun Mahathir di Hotel Sheraton.. Malangnya langkah mereka tidak dipersetujui Tun Mahathir..

Jadi sekali lagi aku memberi sudut pandang aku melibatkan sejarah kejatuhan kerajaan PH setelah 22 bulan memerintah, jadi raikan perbezaan sudut pandang dan Ijtihad dalam Politik..
Pada Jam 11 Pagi, Ahad 23 Februari 2020 Satu mesyuarat tergempar Bersatu diadakan.. Bukan hanya Bersatu, kepimpinan utama Pas, Umno, GPS, Warisan bermesyuarat pada hari yang sama, di lokasi berbeza di Ibu Kota…

Pada hari sebelumnya, Pas dan Umno sudah bersedia dan berkumpul di Janda Baik atas nama Retreat.. Mereka sejak awal sudah tahu perancangan menjatuhkan Kerajaan PH selepas Mesyuarat PH pada malam Jumaat 21 Februari yang diura-urakan PH akan memaksa Tun Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada DS Anwar…

Mengikut kata Syed Saddiq, sebelum Mesyuarat PH, Bersatu telah datang maklumkan kepada Tun Mahathir melalui Muhyidin dan Radzi Jidin yang mewakil Azmin Ali serta beberapa kepimpinan tertinggi Bersatu yang pada malam 21 Febuari 2020,
Yang dimaklumkan, semua kepimpinan PKR, DAP dan PKR akan memaksa Tun menentukan tarikh peralihan, Jika itu Berlaku, Mereka sudah bersiap sedia dengan Langkah Sheraton, Ketika itu Umno dan Pas telah bersedia di Janda baik…

Malangnya malam tersebut tidak ada apa yang berlaku..Tidak ada desakan, Alhamdulillah.. Bagi aku DS Anwar bertindak bijak biarpun wujud gerakan dan Roadshow dari Ezam Mohd Noor yang menjadi alat Azmin mendesak diadakan Peralihan Kuasa Tun kepada DS Anwar secepat mungkin…

Pada Pagi 23 Febuari hari Ahad, Berlaku perbincangan dalam mesyuarat berkenaan langkah Sheraton, Tun menolak cadangan dan meminta ahli mesyuarat tertinggi Bersatu menangguhkan hasrat mereka sebab apa yang disampaikan sebelum ini sebenarnya tidak berlaku.. tidak ada desakan Tun meletak jawatan..

Tempoh mesyuarat itu panjang, Itu sebabnya Syed Saddiq mencabar keseluruhan Audio mensyuarat itu didedahkan termasuk ucapan Tun selama 40 minit.. Tun dalam mesyuarat tersebut kekal berpegang kepada janji mahu serahkan kuasa selepas APEC, Tetapi kelompok Muhyidin mendesak Tun untuk terima apa yang telah dirancang….

Tun menolak dan mengatakan jika Bersatu ambil keputusan tersebut, dia akan letak jawatan pengerusi Bersatu, dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.. Kepimpinan utama Bersatu menjanjikan Tun akan kekal sebagai PM, yang berubah adalah Kerajaan.. Semuanya sudah diatur dengan kartel Azmin dan kepimpinan Umno dan Pas..

Akhirnya Mesyuarat menyerahkan kepada Tun untuk membuat keputusan.. Walau bagaimanapun, segalanya sudah dirancang.. masa tidak boleh bertangguh..Rombongan Pas dan Umno sudah bergerak, Pemimpin GPS sudah berada di KL.. Muhyidin dan Azmin telah bersiap sedia dengan semua langkah ini tanpa dipersetujui Tun..

Satu rombongan semua Ketua Parti Hadir ke rumah Tun seperti gambar dibawah.. Antara yang hadir Presiden Bersatu, Presiden UMNO, Presiden GPS, Presiden Warisan dan Kartel Azmin.. tawar menawar berlaku, 131 SD dipersembahkan untuk mengekalkan Tun Sebagai PM.. Mereka menjanjikan sokongan kepada Tun..

Tun dengan tegas menolak semua pujukan Ketua parti dan mengatakan , Dia tidak boleh menerima Umno secara en bloc.. Sudah pasti kes mereka di Mahkamah menjadi tawar menawar sepertimana Scheme Of Thing yang dilakukan Muhyidin.. Muhyidin dan Kartel Azmin nekad meneruskan rancangan rampasan kuasa biarpun Tun tidak bersetuju.

Rombongan Pas, GPS, Warisan dan Umno bergerak ke Istana sepertimana dilaporkan media, Kononnya ketika itu mereka ada 131 SD menyokong Tun sebagai PM dan menjatuhkan Kerajaan PH.. Malangnya Tun tidak hadir ke Istana, Pintu Istana telah terbuka..kereta berlegar dikawasan Istana, Tetapi Tun tidak kunjung tiba..

Pada Malam tersebut dalam jam 8, semua kepimpinan Bersatu diarahkan berada di Sheraton.. Semua dari kita masih ingat, Syed Saddiq berjumpa dengan Tun untuk mendapatkan kepastian, jelas Tun kata dia tidak tahu menahu.. dan tidak bersetuju dengan gerakan Muhyidin atau Langkah Sheraton..

Cuba lihat baju dipakai Azmin, Zahid Hamidi adalah pakaian yang sama dalam perjumpaan dirumah Tun dan pakaian mereka di Sheraton.. Manakala Tun masih memakai pakaian rasmi Bersatu selepas pulang dari Mesyuarat Bersatu pada pagi 23 Febuari 2020..

Setelah lama menunggu, Media Malaysia dan Antarabangsa menunggu kehadiran Tun, Tun tidak kunjung tiba.. di Hotel tersebut riuh dengan jeritan Hidup Tun! Hidup Tun..!..Tun tidak pernah setuju atas pengkhianatan ini.. Akhirnya pemimpin Bersatu, Umno dan Pas pulang hampa..

Akhirnya pada tengah hari 24 febuari 2020, Tun yang tidak bersetuju dengan tindakan Muhyidin dan Bersatu mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu dan sebagai PM sepertimana dijanjikan dalam mesyuarat Bersatu.. Tun bertegas meletak jawatan jika Bersatu keluar dari PH..

Pada pagi 24 Febuari 2020, Rombongan pemimpin PH datang cuba berjumpa Tun , biarpun cuba digambarkan pemimpin PH terpaksa menunggu diluar rumah Tun kerana Tun tidak mahu bertemu, Sebenarnya adalah satu pembohongan, Semua pemimpin dapat bertemu Tun termasuk DS Anwar.. DS Anwar dalam laporan media memaklumkan dia berpuas hati hasil penjelasan Tun..

Pada pertemuan 24 Febuari 2020 semua maklum hasrat Tun meletak jawatan setelah Kerajaan PH tumbang, dan Tun telah memaklumkan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, sudah pasti idea Tun pada ketika itu sukar diterima pemimpin PH.. PH tetap mahu Kerajaan PH dipertahankan, Ianya mustahil berlaku…

Atas tindakan Tun menolak kerjasama Umno secara En Bloc, Membuatkan Muafakat Nasional masa itu berasa marah dan mengalihkan sokongan, Mereka mulanya menyokong Tun, bertindak berkecuali dan melakukan protes dengan adakan sidang media agar Parlimen dibubarkan sebelum mengalih sokongan kepada Muhyidin..

Akhirnya terjadilah seperti apa yang terjadi, Tun hanya dapat 62 Sokongan setelah undi PH berpecah dan MP Amanah, DAP dan sebahagian PKR menyokong DS Anwar.. Sudah pasti PH ada sebab berbuat dimikian atas alasan Tun tidak mahu lagi meletakkan komitmen membentuk kerajaan PH biarpun ketika ianya sudah mustahil..

Bila undi berpecah, Tun sekali lagi cuba menyelamatkan Mandat Rakyat dan cuba tawarkan sebuah Kerajaan perpaduan dalam siaran Langsung melalui perutusan khas jam 4 Petang pada 28 Februari 2020.. Tun mencadangkan satu sidang parlimen Khas memilih PM pada 2 MAC..

Malangnya, bukan hanya Speaker PH Datuk Mohamad Ariff menolaknya atas alasan Teknikal.. begitu juga kepimpinan PH.. Disitulah peluang Muhyidin dan Pas dan Umno kembali terbuka..
Dan Umno dan Pas bertegas menolak sidang Parlimen Khas.. Sebab Umno dan Pas , tahu, Jika persidangan dewan Rakyat Khas itu berlangsung, Mandat Rakyat akan berjaya di kekalkan..Malah mungkin makin kukuh..

Dah selepas mensyuarat Raja Raja pada hari jumaat, Secara tiba tiba satu surat Istana keluar memperkenankan perlantikan Muhyidin sebagai PM ke 8, Biarpun sokongan yang disandarkan kepada Muhyidin itu sendiri itu satu penipuan… Muhyidin sendiri gagal disokong sepenuhnya MP mereka sendiri termasuk Tun..

Sebenarnya ada faktor lain yang memenangkan Muhyidin dalam krisis ini yg sukar aku sebutkan.. Iaitu bagaimana Najib berjaya mengubah sokongan GPS kepada Tun dan beralih kepada Muhyidin.. Muhyidin hanya disokong melalui Blok parti bukan suara Ahli Parlimen..

Sebenarnya apa yang berlaku itu sepatutnya sudah dijangkakan pemimpin PH.. Bila langkah Sheraton pada hari pertama lagi, Pintu Istana terbuka luas .. Rombongan Umno, Pas mampu masuk ke ruang legar Istana Negara.. Kegagalan mereka pada hari itu hanya kerana Tun tidak hadir ke Istana mahupun Hotel Sheraton..

Apapun setahun pengkhianatan yang berlaku.. Aku yakin, Ianya satu hikmah besar kepada PH yang tak mungkin kita dapat hadapi dengan menjadi Kerajaan..

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)