Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis positif Covid-19

Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis positif Covid-19

Seramai 78 pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dikesan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Ramli Din berkata, mereka antara 525 pelatih yang menjalani ujian saringan Covid-19.

“Semua asrama berkaitan disanitasi untuk proses nyahkuman. Tiada pergerakan keluar dan masuk dibenarkan, kecuali untuk mendapatkan barang keperluan.

“Kementerian Kesihatan turut memantau perkara ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Kes Covid-19 terus menokok apabila 5,728 kes baru dengan 13 kematian dicatat dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 209,611 kes Covid-19 dan jumlah kes aktif meningkat kepada 47,388 orang.-MK

COMMENTS