September terlalu lambat, kata NUTP berhubung agihan laptop percuma

September terlalu lambat, kata NUTP berhubung agihan laptop percuma

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan menyegerakan agihan komputer riba dan sambungan data percuma di bawah program Cerdik.

Ia susulan perkembangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa sehingga kini sebanyak 12,887 komputer riba dan sambungan data telah diagihkan kepada murid yang layak.

Sebanyak 40,290 komputer riba diagihkan selewat-lewatnya 12 Jun ini dan baki 96,823 unit pula selesai pada akhir September depan.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, tempoh yang dinyatakan itu sangat lambat berbanding keperluan pelajar untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“NUTP memohon agar dipercepat bantuan komputer riba di bawah program Cerdik sebanyak 150,000 sebagaimana yang dijanjikan kerajaan.

“Tempoh hingga September depan untuk selesaikan agihan adalah sangat lambat. Pelajar perlukan sekarang,” katanya pada Ahad.

Tambahnya, NUTP mengalu-alukan langkah meneruskan sesi persekolahan melalui PdPR memandangkan situasi terkini membahayakan semua pihak.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/142742/BERITA/Nasional/Tempoh-agihan-laptop-sambungan-data-lambat-kata-NUTP