Separuh rakyat Amerika tak yakin dengan kepimpinan Biden

Satu undian terbaharu mendedahkan, majoriti penduduk Amerika Syarikat (AS) tidak yakin dengan kemampuan fizikal dan mental Presiden Joe Biden dalam mengetuai negara itu serta berpendapat bahawa seseorang sedang melakukan tugas-tugas tersebut di belakang tabir, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut data undian Rasmussen Reports itu, sebanyak 52 peratus daripada responden berpendapat Biden tidak sesuai untuk memegang jawatan paling berkuasa di dunia itu, dengan lebih satu pertiga daripada mereka berpendapat mereka ‘langsung tidak yakin’’.

Biden yang berusia 78 tahun merupakan presiden AS tertua dan itu merupakan satu kebimbangan mengenai kesihatan mental dan fizikalnya dalam menggalas jawatan penting itu.

Separuh rakyat Amerika tak yakin dengan kepimpinan Biden

Malah, ketika beliau memilih Kamala Harris sebagai Timbalan Presiden AS, para pengkritik menjangkakan Harris akan mengawal operasi pentadbiran White House.

Sementara itu, dalam undian yang sama, 51 peratus responden percaya bahawa terdapat orang lain yang membuat keputusan untuk Biden dan hanya 39 peratus yang mempercayai beliau bertanggungjawab atas pentadbirannya.

Undian tersebut dibuat antara 18 Ogos hingga 19 Ogos lalu ketika bermulanya kemelut pengunduran tentera AS dari Afghanistan.

Krisis sempadan, peningkatan kes Covid-19 ketika musim panas dan kenaikan inflasi yang lebih tinggi daripada yang dilihat dalam lebih dari 10 tahun telah menyumbang kepada keyakinan pengundi yang merosot terhadap Biden.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/21/lebih-separuh-warga-as-tidak-yakin-kepimpinan-biden/

BACA JUGA : Terkini !!! Ismail Sabri masuk pejabat PM hari ini