Separuh dari kluster baru libatkan tempat kerja – KKM

Separuh dari kluster baru libatkan tempat kerja – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 23 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 12 kluster tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti, manakala dua kluster masing-masing membabitkan sektor pendidikan majlis keagamaan.

Kluster itu dikesan di Selangor, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Perincian 23 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

Kluster Persiaran Camellia (Hulu Selangor) dengan 14 kes
Kluster Jalan Bakau (Gombak dan Klang) dengan 42 kes
Kluster Industri Sungai Buloh (Kuala Selangor dan Petaling) dengan 32 kes
Kluster Tapak Bina Desa Bakti (Kepong dan Lembah Pantai) dengan 28 kes
Kluster Industri Persiaran Bunga Tanjung Dua (Seremban dan Rembau) dengan 27 kes
Kluster Jalan Tampin – Gemas (Tampin) dengan 44 kes
Kluster Industri Jalan Senawang Tiga (Seremban) dengan 53 kes
Kluster Jalan Keluli Tiga (Johor Bahru) dengan 27 kes
Kluster Jalan Bandar Baru (Seberang Perai Selatan) dengan 51 kes
Kluster Jalan Jelapang 2 (Kinta, Perak Tengah, dan Kuala Kangsar) dengan 28 kes
Kluster Jalan Tanjung Machang (Machang) dengan 15 kes
Kluster Pasar Borong Jengka (Maran) dengan 19 kes
Kluster Bunut (Mukah dan Sibu) dengan 35 kes
Kluster Pulutan (Nabawan) dengan 11 kes
Kluster Dah Fajar (Padang Terap) dengan 19 kes
Kluster Taman Sentosa (Hulu Langat) dengan 24 kes
Kluster Dah Rimba (Sik, Kulim, Kuala Muda, dan Baling) dengan 35 kes
Kluster Alor Serdang (Setiu, Besut, dan Dunggun) dengan 58 kes
Kluster Gunung Senyum (Temerloh) dengan 14 kes
Kluster Jengka Dua Puluh( Maran dan Jerantut) dengan 19 kes
Kluster Taman Seremban Jaya (Seremban) dengan 48 kes
Kluster Jalan Alor Gajah Lama (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dengan 26 kes
Kluster Persiaran Mercu (Hulu Langat) dengan 48 kes
Kluster Putra Enam Belas (Putrajaya, Petaling dan Sepang) dengan lapan kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,284 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 691 daripadanya kluster aktif dan 1,593 lagi sudah tamat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/04/23-kluster-baru-kebanyakannya-babitkan-tempat-kerja/