Seorang lagi rakyat Malaysia akan dihukum gantung esok di Singapura

Seorang lagi rakyat Malaysia akan dihukum gantung esok di Singapura. Seorang lagi rakyat Malaysia akan dihukum gantung di Singapura esok , menurut peguam hak asasi manusia M Ravi.

Datchinamurthy Kataiah, 36, yang didakwa menyeludup diamorphine seberat 44.96g pada 2011, dijatuhkan hukuman itu pada 2015.

M Ravi mendakwa, hukuman yang akan dijalankan itu adalah penghinaan terhadap mahkamah kerana terdapat saman terhadap peguam negara Singapura yang masih belum selesai.

Semalam, seorang rakyat Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam telah menjalani hukuman gantung  setelah dia disabitkan kesalahan menyeludup 42.7g heroin ke bandar itu pada 2019.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Perak itu dikatakan mempunyai paras IQ 69, yang dikategorikan sebagai kurang upaya dari segi intelek.

Ravi berkata, saman itu berkaitan dakwaan bahawa peguam negara Singapura mengintip komunikasi surat-menyurat antara Datchinamurthy dengan peguamnya ketika berada di dalam penjara.

Seorang lagi rakyat Malaysia akan dihukum gantung esok di Singapura

Beliau dilaporkan , surat-surat itu, yang antara lainnya membincangkan strategi perbicaraan, ditemui selepas pihak pendakwaan menyerahkannya kepada mahkamah semasa perbicaraan.

Ravi, yang juga jurucakap peguam LF Violet Netto yang mewakili Datchinamurthy, berkata kes itu akan dibicarakan pada 20 Mei.

Mengambil kira keadaan sedemikian, katanya, jika pelaksanaan itu diteruskan seperti yang dijadualkan, ia akan menjadi penghinaan terhadap mahkamah.
TONTON :

BACA:

Kerajaan halang 3 jenis kenderaan ini berada di jalan raya

Wow! Astro nak bagi free channel yang best musim raya ni, ini cara tebus