Seorang guru jadi punca 65 pelajar positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, di sini berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Radzi menerusi rakaman video di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Radzi berkata, selepas ujian saringan kontak rapat dilakukan terhadap guru berkenaan, seorang lagi guru dan enam murid turut didapati positif Covid-19.

Seorang guru jadi punca 65 pelajar positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri

Radzi meninjau keadaan di Sekolah Seri Puteri, di sini tadi.

Beliau berkata, saringan ke atas 121 kontak rapat enam murid berkenaan mendapati tiada kes positif dikesan malah, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah menjalankan ujian saringan kontak rapat kepada 200 orang murid lain.

“Hasil ujian saringan petang tadi mendapati, 65 daripada 200 murid itu disahkan positif Covid-19.

“Kesemua mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang untuk pemantauan,” katanya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan, PKD Sepang akan melaksanakan ujian saringan kepada baki murid lain pagi esok.

Radzi berkata, KPM dan PKD Sepang serta pihak sekolah akan bekerjasama rapat bagi memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat.

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno dedah Najib kahwin wanita Kampong Bharu
Menteri Wilayah update status “tidak disebut nama, dijemput ke padang malam tadi”

Artikel ini disiarkan pada 02/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)