Seolah-olah ada konspirasi jatuhkan kerajaan PN – Muhyiddin

Seolah-olah ada konspirasi jatuhkan kerajaan PN. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh beliau.

Perdana Menteri caretaker itu berkata, bagaimanapun beliau enggan membuat kenyataan yang boleh mengheretnya ke mahkamah.

Jelas Muhyiddin lagi, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.

BACA JUGA : Terkini !!! Proses pemilihan PM kesembilan bermula

Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata segelintir pihak mengambil peluang dengan mempertikaikan keabsahan kerajaan.

“Saya rasa seperti seolah-olah ada konspirasi.. seolah-olah lah, pasal saya juga seorang (ahli) politik menilai, sewajarnya tidak begitu.

“Jadi, petanda-petanda yang saya fikir dilakukan pihak atau kumpulan tertentu untuk tujuan tertentu. Saya tak nak buat apa-apa kenyataan yang menyebabkan saya diheret ke mahkamah, ini fakta politk yang saya akui mungkin telah membuat kesan sebegitu rupa sehingga mungkin cita-cita mereka berhasil.

Seolah-olah ada konspirasi jatuhkan kerajaan PN.

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno mahu Anwar diberi peluang sebagai PM

“Tetapi tak apa, kita terima… Mengikut Islam, ia ditakdirkan. Tetapi ini bukan bermakna tugas kita tidak ada lagi,” katanya dalam sidang media selepas Perutusan Khas, di sini pada Isnin.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya adakah beliau merasakan seperti dikhianati selepas bertungkus-lumus memulihkan negara akibat pandemik COVID-19.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

BACA JUGA : Tiada PM Interim dalam Perlembagaan Negara – Pakar

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara memaklumkan, susulan peletakan jawatan tersebut, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sementara itu, Muhyiddin dalam Perutusan Khas mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata sekiranya wujud perkhianatan, ia bukan kepada dirinya, sebaliknya kepada negara dan rakyat yang sedang menderita.

“Fikir-fikir kan lah. Kalau seseorang itu ada kesedaran, dia tidak harus meraikan fasal menumbangkan kita sedangkan kita berusaha melakukan amal ibadah, untuk menyelamatkan nyawa,” tambah beliau.

Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan rakan-rakan dalam parti yang sehaluan akan tetap berpegang kepada prinsip Kerajaan Prihatin walaupun tidak lagi menerajui negara.

“Saya fikir akan turun ke bawah (padang), jadi jurubicara kepada rakyat supaya nasib terbela kerana saya faham sebagai Perdana Menteri dulu, ada data-data yang menunjukkan bahawa keadaan rakyat miskin bertambah ramai dan mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar juga telah bertambah,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-rasa-seolaholah-ada-konspirasi-muhyiddin-314390