Sendat !!! Warga asing gagal patuhi SOP di PPV Grand Season

Beratur rapat tanpa penjarakan sosial adalah antara situasi membimbangkan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season selepas dibanjiri warga asing dan orang ramai untuk divaksinasi, hari ini.

Situasi berkenaan yang ditularkan oleh pemilik Instagram, Umirah Mohd Taib, ketika dihubungi FMT berkata, dia ketika itu bersama suami dalam perjalanan ke Kampung Baru terkejut melihat kesesakan yang berlaku di PPV berkenaan.

Dapat diperhatikan menerusi video itu, Umirah dan suaminya cuba mengingatkan orang ramai yang beratur mendapatkan vaksin agar menjaga penjarakan sosial.

warga

Namun menurut Umirah setakat pukul 11 pagi tadi, keadaan dilihat masih sama dengan tiada langsung penjarakan sosial, malah beliau mendakwa pihak berkuasa yang berada di sekitar kawasan itu gagal mengawal keadaan.

“Kami berasa tidak puas hati atas segelintir pihak berkuasa yang tidak menjalankan tanggungjawab, bukan semua tetapi ada seperti pihak polis yang kami jumpa tadi.

“Bila kami ambil video untuk aduan, dikatakan kami membuat provokasi di mana sudah jelas itu adalah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang nyata, sampai bila nak sorok perkara ni?” kata Umirah.

Umirah berkata, beliau dan suami mempertimbang untuk mengambil tindakan lanjut berhubung ketidakpatuhan SOP yang berlaku di PPV terbabit.

“Hancur harapan melihat semua ini. Kami seolah-olah tidak nampak apa hala tuju masa depan rakyat Malaysia dengan kebocoran, kegagalan SOP sebegini,” katanya.

FMT cuba mendapatkan pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangi berhubung kejadian yang berlaku.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/sop-gagal-ppv-hotel-grand-season-dibanjiri-warga-asing/

BACA JUGA : Gempar !!! Agong dilapor titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen