Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu

Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu. Berita baik buat orang ramai terutama pengguna jalan raya! Pihak Touch ‘n Go kini telah mengemaskini paparan baru di Aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang memperkenalkan kad Touch ‘n Go versi baharu dengan teknologi NFC yang membolehkan pengguna menambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan mudah!

Dengan pembelian kad Touch ‘n Go baharu yang berharga RM10 sahaja, anda boleh tambah nilai TnG anda selepas ini dengan hanya membuat sentuhan di belakang telefon anda sahaja. Semudah itu ya! Bagi yang tak tahu, anda boleh dapatkan kad TnG versi baharu di stesen minyak terpilih berdekatan anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak senarai stesen minyak terpilih di seluruh negara untuk pembelian kad TnG versi baharu.

HARGA KAD TOUCH ‘N GO BAHARU

Pembelian setiap kad Touch ‘n Go baharu boleh dibuat pada kadar harga:

  • Harga: RM10

KAEDAH PEMBELIAN KAD TNG BAHARU

Pembelian kad Touch n Go versi baharu boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:

  • Aplikasi TnG eWallet
  • Kedai Touch ‘n Go
  • Stesen minyak terpilih di seluruh negara

SENARAI STESEN MINYAK YANG SEDIAKAN KAD TNG BAHARU

Berikut adalah cara semak senarai stesen minyak yang menawarkan kad TnG versi baharu yang anda boleh lawati:

  1. Pergi ke laman web www.touchngo.com.my/
  2. Senarai stesen minyak di seluruh negara akan dipaparkan
  3. Anda hanya perlu klik next untuk melihat laman seterusnya

Sekiranya anda masukkan nama negeri di bahagian “search outlet”, paparan akan menyatakan tiada hasil pencarian. Anda dinasihatkan untuk semak setiap laman untuk buat semakan penuh senarai stesen minyak di setiap negeri yang menawarkan kad TnG.

Semoga bermanfaat!

TONTON :

BACA:

Enggan berpisah, wanita sanggup kahwin kucing sendiri

Kecoh ‘food rider’ tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai

Selepas je Elon Musk makan gula-gula Kopiko, saham syarikat Indonesia naik mencanak

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • […] Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu […]

  • […] Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu […]

  • […] Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu […]

  • […] Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu […]

  • […] Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu […]