Seringkali pemimpin-pemimpin parti PH digambarkan sebagai pemfitnah, namun setiap kali kes saman berkaitan fitnah yang berlangsung di mahkamah pemimpin-pemimpin PH ternyata menang dalam kes saman fitnah tersebut. Berikut antara senarai kes saman fitnah yang memihak pemimpin PH :
1. 10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.
2. 26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.
3. 7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO
4. 25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200k terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.
5. 25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman.
6. 22 Jun 2016 YDP Pas Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang.
7. 11/10/2016 Ketua Penerangan Pas Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang.
8. 21/11/2019 Dr Kamarul Zaman Yusof memohon maaf kerana memfitnah Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP