Semua parti sepakat, henti budaya tindas pihak lawan politik – Anwar

Semua ketua parti yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bersepakat menghentikan “politik lama” dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika negara menghadapi Covid-19, kata Anwar Ibrahim.

Ditemui pemberita di Istana Negara selepas pertemuan dengan Agong dan Sultan Perak yang merupakan timbalan baginda, Anwar berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, serta mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku, iaitu ‘memakan orang yang kalah’,” katanya kepada pemberita.

parti

Ketua pembangkang itu berkata, ketua-ketua parti yang hadir memberikan pandangan masing-masing pada pertemuan itu.

“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun,” katanya.

Anwar berkata, isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan perdana menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

Terdahulu, Anwar bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menghadap Agong serta Sultan Nazrin Shah selama dua jam.

Pertemuan hari ini menyusul peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas menerajui negara hanya 17 bulan.

Muhyiddin kini ialah perdana menteri “caretaker” sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/17/semua-parti-konsensus-hentikan-politik-lama-kata-anwar-selepas-bertemu-agong/

BACA JUGA : Annuar Musa bagi ‘hint’ calon PM pilihannya