Semua lantikan politik PH diminta lepaskan jawatan

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menasihatkan semua pemegang jawatan bagi kuota lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) melepaskan jawatan mereka secara yang terhormat dan berjiwa besar.

Pemegang jawatan lantikan politik perlu menyedari selepas pembentukan Kabinet baru pada 9 Mac yang lalu, kerajaan PH sudah terbubar dan kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru iaitu kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Aspirasi kerajaan PN sudah berubah daripada kerajaan PH, malah hala tuju dan matlamat juga sudah berbeza.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa berkata, jawatan lantikan politik kerajaan PH dahulu banyak dikuasai dan dipandu oleh parti DAP, berbeza dengan kerajaan PN yang lebih mesra majoriti dominasi Melayu Islam.

Kementerian penting yang perlu diberi perhatian segera adalah Kementerian Agama dan agensi-agensi di bawahnya seperti JAKIM, YADIM, YAPIEM dan banyak lagi agensi yang lain.

Berita Penuh:https://malaysiagazette.com/2020/03/13/semua-lantikan-politik-ph-diminta-lepaskan-jawatan/