Semua hospital diarah guna baricitinib rawat pesakit Covid-19 – Menteri

Semua hospital diarah guna baricitinib rawat pesakit Covid-19 – Menteri

Semua hospital sudah diarah menggunakan ubat baricitinib bagi merawat pesakit COVID-19 untuk mencegah peningkatan risiko kesihatan yang lebih meruncing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ubat anti viral dan anti radang itu berupaya merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah memaklumkan kepada semua hospital untuk menggunakan ubat ini dan peruntukan untuk memperolehnya sudah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Hospital

“Kita mempercepatkan penggunaan ubat ini kerana kita yakin keberkesanannya dapat mencegah peningkatan risiko pesakit kepada kategori yang lebih teruk seperti dari kategori empat kepada lima,” katanya pada sidang media khas KKM, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842488/semua-hospital-diarah-guna-baricitinib-rawat-pesakit-covid-19

BACA JUGA : Jauh dari suami kerana PKP, isteri curang siap edar dadah dengan kekasih