Sempat minta maaf sebelum ditemui mati tergantung

tembak

Sempat minta maaf sebelum ditemui mati tergantung.

Seorang bekas pensyarah ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sebuah rumah di Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan, semalam.

Menurut adik ipar mangsa yang berusia 54 tahun, ketika menghantar kuih ke rumah mangsa beberapa hari sebelum kejadian, dia terkejut apabila tiba-tiba mangsa memohon maaf kepadanya.

“Sabtu lalu saya hantarkan kuih padanya dan dia tiba-tiba memohon maaf kepada saya,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sempat minta maaf sebelum ditemui mati tergantung

Katanya, mangsa mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu serta difahamkan sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampin.

“Kami memang bawa dia pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampin. Pernah juga sebelum ini abang mahu duduk sendiri di sini tapi sehari sahaja saya benarkan bila saya tengok keadaannya agak lain.”

Katanya, terdahulu dia menghubungi abang iparnya itu pada sebelah petang selepas isterinya mengadu tidak dapat menghubungi mangsa sejak pagi.

“Ketika senja saya datang ke rumah ini dan saya lihat dalam rumah gelap sahaja. Saya memberi salam tapi tidak berjawab, jadi saya pulang dulu.

“Pukul 8 malam, saya datang semula dan meminta bantuan rakan tapi kami tetap tak dapat lihat ke dalam rumah. Saya terus menghubungi polis kerana bimbang sesuatu berlaku padanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada adik ipar lelaki berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan awal tidak menemukan senjata tajam atau barang berbahaya di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03 79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel https://www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/17/bekas-pensyarah-minta-maaf-pada-adik-ipar-sebelum-ditemui-mati-tergantung/

BACA JUGA : Panas !!! Ulama Pas memulakan serangan terbuka terhadap Pemimpin Umno