Semoga gelaran “Ayah Chik” tak bertukar jadi “Ayah Pin”

Semoga gelaran “Ayah Chik” tak bertukar jadi “Ayah Pin”

Tamrin Tun Ghafar

Jika tidak ada Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) ekoran COVID-19 ini sudah barang tentu ahli – ahli PAS serata pelusuk tanahair akan mengadakan kenduri kesyukuran atas perlantikan Presiden mereka sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke Timur Tengah.

Walaupun hanya menang 18 daripada 222 kerusi Parlimen, namun kerana masuk melalui ‘Tebuk Atap’ – BUKAN pintu belakang sepertimana istilah Hadi, PAS berjaya mendapat 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan Menteri.

Ini permainan politik hebat yang TIDAK PERNAH berlaku, bak kata Mat Sabu :

‘Yang Menang, Jadi Pembangkang. Yang Kalah, Jadi Kerajaan.’

Jika ada penuntut Universiti yang bercita – cita membuat tesis untuk mendapatkan Phd, justeru kajian terperinci perlu dilakukan kerana kesemua yang terlibat dengan percaturan politik ini masih boleh ditemui.

Perlantikan Tan Kok Wai dari DAP walaupun BUKAN BERTARAF MENTERI sebagai Duta Khas Kerajaan Malaysia ke China semasa era Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Kerajaan ‘pintu belakang’ mengambil alih, PAS melalui kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man membidas perlantikan itu.

Alasan PAS ketika itu ialah Kerajaan PH jangan terikut – ikut apa yang Kerajaan UMNO / BN pernah lakukan iaitu melantik 9 orang bekas Menteri sebagai ‘Penasihat Khas PM dan Duta ke Amerika bertaraf Menteri dan lagi pun keadaan kewangan negara ketika itu hampir pupus akibat skandal 1MDB dan amalan rasuah oleh mereka yang berkuasa.

Mereka yang dilantik oleh Najib adalah seperti berikut :

i. Zainal Abidin Osman

ii. Sharizat Jalil

iii. Rais Yatim

iv. Noh Omar

v. Abdullah Zain

vi. Ong Ka Ting

vii.Tiong King Sing

viii. Samy Velu

ix. Jamaluddin Jarjis – Duta Besar ke Amerika Syarikat juga bertaraf Menteri.

Perlantikan Hadi disambuat baik oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mengatakan perlantikan itu TIDAK ADA KAITAN dengan politik, justeru harus diterima dengan baik.

Inilah perangai PAS dari dulu hingga sekarang – bising dan memprotes apabila mereka tidak dapat faedah atau pengiktirafan tapi apabila berlaku pada batang hidung sendiri mereka tanpa segan silu secara otamatik menukar corak dan warna.

Berhubung masaalah kewangan, saya percaya Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini mempunyai dana yang amat lumayan sehingga boleh menampung 71 orang Menteri ( termasuk Hadi ) dan Timbalan Menteri.

Memandangkan kedudukan kewangan negara yang berlebihan, Muhyiddin hanya perlu tambah 42 orang lagi Ahli Parlimen ( 71 + 42 = 113 Kerusi ) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi MENENTUKAN jawatan Perdana Menteri terus TERJAMIN TANPA boleh diugut oleh sesiapa pun.

Muhyiddin TAK PERLU dengar apa orang cakap, yang penting ialah beliau boleh terus berkuasa sehingga nyawa terpisah daripada badan.

Istilah ‘Ayah Chik’ ialah nama timang – timangan atau panggilan oleh mereka yang terlalu akrab dengan Hadi.

Di kalangan masyarakat Terengganu khususnya penduduk Marang dimana Hadi menjadi Wakil Rakyat, gelaran itu diberi kerana menganggap tahap Hadi melebihi seorang Wali.

Tanggapan ini dikuatkan lagi apabila menjelang PRU yang lepas, Hashim Jasin , Mursydul Am PAS memaklumkan Hadi kerap berjumpa Rasulullah di dalam mimpinya; tak pasti pula sama ada mimpi bertemu Rasulullah oleh Hadi masih berterusan SELEPAS PRU14 yang lepas.

Saya masih TIDAK PERCAYA Hadi seorang ulama yang dipandang begitu tinggi oleh ahli – ahli PAS sanggup membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim konongnya Anwar TERLIBAT dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi PM.

Mengikut lapuran surat Hadi yang menggunakan ‘letterhead’ PAS bertarikh 22hb Mac 2020 telah dihantar secara sulit kepada pemimpin – pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia namun telah terlepas kepada pengetahuan umum pada 3hb April 2020 iaitu dua hari SELEPAS perlantikan beliau sebagai Duta Khas ke Tmur Tengah bertaraf Menteri.

Jika kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu benar iaitu perlantikan Hadi TIDAK bersabit dengan politik, maka ini bermakna Muhyiddin telah nampak lebihnya kehebatan dan ketokohan Hadi jika dibandingkan dengan Hishamuddin Hussein, Menteri Luar yang katanya amat berpengaruh dengan negara – negara Arab seperti Arab Saudi dan negara – negara bersekutu yang tidak begitu senang dengan Iran.

Selepas selesainya COVID-19 ini Hadi bolehlah mulakan lawatan rasmi ke negara – negara Islam dengan diiringi oleh pegawai – pegawainya.

Bagi penjimatan kos ekoran perlantikan ini mungkin sebahagian besar Duta kita diberhentikan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ahli – ahli PAS dengan gaji yang lebih murah!

Hadi yang juga menuduh AMANAH terlalu liberal kini setelah diberi kuasa WAJIB membuktikan segala apa yang diperjuangkan selama ini AKAN DILAKSANAKAN SEBELUM PRU15 akan datang.

Jika SEBELUM ini PAS MELALAK ke sana ke sini bagi mewujudkan negara Islam, kini rakyat sedang menunggu dengan debaran apakah PAS benar – benar BERJUANG UNTUK ISLAM atau hanya MENGGUNAKAN ISLAM bagi kepentingan diri mereka.

SEMOGA GELARAN AYAH CHIK TIDAK BERTUKAR MENJADI AYAH PIN!

Terlajak Perahu, Boleh Diundur. Terlajak Kata, Buruk Padahnya’.

Wassalam. Terima Kasih.

Sumber : http://tamrintunghafar.blogspot.com/