Seminggu meninggal dunia di rumah bersendirian

Seminggu meninggal dunia di rumah bersendirian

Seminggu meninggal dunia dirumah bersendirian.

“Mayat arwah hanya ditemui semalam oleh penduduk kampung. Dia dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira lima atau enam hari lalu,” kata Pengerusi Biro Keahlian Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pelakon, Rena Tan mengenai kematian bapa saudaranya, Abdul Razak Ismail, 71.

ABDUL Razak (dua dari kanan) ketika berada di rumah Rena.

ABDUL Razak (dua dari kanan) ketika berada di rumah Rena.

Rena berkata, Allahyarham yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Krau, Pahang.

Rena juga terkilan kerana dia baru saja menghantar bapa saudaranya itu pulang dari Kuala Lumpur pada Isnin minggu lalu.

“Semalam saya dapat panggilan mengatakan dia meninggal dunia. Rasa bersalah pun ada apabila terfikir kenapa saya hantar dia balik? Kalau tak, kematiannya tidaklah dalam keadaan tragis,” katanya.

Rena berkata, bapa saudaranya yang juga pesara tentera itu bukan saja tinggal bersendirian, tetapi juga tinggal di kawasan terpencil.

“Sepanjang pengetahuan saya, tiada mana-mana pihak berkenaan yang ambil tahu mengenai kehidupan pesara tentera yang tinggal terpencil. Padahal mereka inilah dahulunya bertempur dengan pengganas komunis dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Harian Metro.

Rena berkata, punca kematian bapa saudaranya belum dapat dipastikan sama ada akibat Covid-19, perbuatan jenayah atau faktor lain dan jenazah kini dalam proses bedah siasat di Hospital Temerloh.

Katanya, Allahyarham yang menerima pencen kira-kira RM1,000 sebulan tinggal seorang diri di kampung itu selepas ibu dan adiknya meninggal dunia.

“Sudah puas kami pujuk dia untuk tinggal di Kuala Lumpur tapi dia enggan. Jadi kami kerap berulang alik menjenguk dia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Sebelum emak meninggal dunia pun kami kerap balik menyambut Aidilfitri dengan arwah. Kami amat bimbangkan keselamatannya kerana tempatnya terpencil dan kedudukan rumah yang jauh dari jiran,” katanya.

Katanya, bapa saudaranya itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada awal April lalu dan mengalami patah tulang rusuk.

Dia dimasukkan ke Hospital Temerloh selama dua hari pada 5 dan 6 April dan menjalani pembedahan di tangan.

“Ketika itulah saya berpakat dengan doktor kononnya dia kena ikut saya ke Kuala Lumpur untuk rawatan susulan. Puas jugalah nak pujuk dia. Jika bukan kerana kemalangan itu, memang dia takkan ikut,” katanya. Menurutnya, selama tiga bulan tinggal bersamanya di sini, keadaan bapa saudaranya semakin pulih.

“Baru-baru ini dia dimasukkan Hospital Ampang selepas hilang dari rumah. Dia hilang kawalan kerana rindukan kampung dan saya terpaksa ikut kehendaknya,” katanya.

Selepas mendapat kebenaran polis, Rena menghantar bapa saudaranya itu ke kampung minggu lalu.

“Arwah bapa saya anak sulung dan dia adalah anak kedua daripada empat adik beradik. Tinggal dia saja waris yang masih ada dan dia ibarat pengganti ayah,” katanya.

Rena berkata, ketika tinggal bersamanya, bapa saudaranya ceria apabila diminta berkongsi pengalaman sebagai anggota tentera.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/727289/mayat-bapa-saudara-pelakon-ditemui-selepas-hampir-seminggu

BACA JUGA : Panas !!! Ahli Parlimen Umno beri amaran kepada Zahid