“Seminggu lepas raya aku on grab jam 2 pagi, lepas je hantar dapat SMS ‘benda tu tak kacau kan?’ Rupanya aku hantar…”
Cerita dia macam ni, aku sekarang tengah cuti sem. (aku sambung belajar lepas diploma).
Kejadian ni jadi lepas raya baru ni. Aku buat parttime cari duit poket jadi uber driver kat kuantan.
(mesti ada yang wonder siapa ira yang stay kuantan hehehe). Masa mula2 dulu aku buat sampai pkul 2 pagi (terlebih semangat, nasib parents memahami).
Ada satu hari ni, tak silap aku time tu seminggu lepas raya. Aku start pkul 9 pagi – 2 petang & 7 malam – 2 pagi. Aku macam dah seronok buat sampai tak fikir ape dah. Sampai la aku sendiri yang kena.
Time tu pkul 1 pagi. Aku dah drop customer kat area Perumahan Bukit Pelindung. Tiba2 ada pin dari Yanti. So aku accept je la untuk last trip la kiranya. Location yang dia pin tu kat area SKAC (taknak bagitau nama full sekolah tu but i b3t orang kuantan tahu nii.)
Dia suruh aku pick up dekat bus stop sekolah tu je. Ada la dalam 10 minit tunggu. Dah la area situ seram jugak. Tak seram sebab ape, tapi sebab aku sorang.
Aku fikir kalau 5 minit lagi dia tak sampai aku gerak balik je. Tiba2 ada orang bukak pintu belakang, ada perempuan cantik duduk. Kus semangat sebab terkejut.
“Assalamualaikum, kakak;” sapa perempuan tu. “Waalaikumussalam, lewatnya hehe ingat dah tak ada orang tadi. Baru nak balik.” jawabku.
“Ada, cuma takut. Saya tunggu kat tadika tu ok sikit” jawabnya. (tadika tu atas pada sekolah tempat aku pickup dia) Aku pelik, kenapa tak tunggu kat sekolah, kenapa mesti kat tadika. Ah biar la, yang penting dia manusia, bukan hantu (confident je).
Aku curi2 pandang dia. Cantik, comel, putih. Memang kalau aku ni lelaki pun boleh lemah iman. Ok gurau.
Aku ni jenis tak suka sunyi sangat, so aku akan borak2. Passenger layan ke tak tu belakang kira.
Aku tanya dia, “tak takut ke keluar malam2 ni, dah lewat pulak tu. Tunggu pulak kat tempat macam ni.” Tiba2 bau wangi semerbak dalam kereta. Terganggu jugak la emosi tapi husnuzon je maybe dia suka perfume ala2 classic gitu.
“Takut? Tak la, kalau cukup ilmu okay je” jawabnya. Aku angguk. “Asal mana?” aku tanya lagi. “Asal Semarang.” “Ohh semarang. Jarang jumpa orang dari sana”. (acah2 tahu padahal aku tahu bali, jakarta, lombok, medan je)
GPS Waze mengarah ke destinasi iaitu ke kawasan perkampungan Beserah. Antara tempat yang aku kurang suka. Sebab dah pernah kena kacau. Tapi sebelum buat Uber lagi.
Yanti jawab “Ada je kak. Kami orang dari sana kuat2, berani.” “Maknanya tak takut hantu la ye? Haha” aku saja bergurau. Memang saja cari padah. Tapi time tu bulu roma dah meremang habis.
Dia pun jawab lah, “kami orang sana memang tak takut hantu, malah kami berkawan dengan hantu.” sekali lagi telinga aku berdesing. Lampu kereta terasa malap.Jalan ke perkampungan tu memang gelap. Kereta terasa berat. Tiba2 hujan membasahi bumi.
Aku nak sedapkan hati, tanya lagi “biar betul kawan dengan benda tu?”
Dia jawab, “betul kak, ngak tipu. Dulu yang tua berumur banyak membela. Tapi sekarang yang muda taknak bela. Cuma kalau nak bela apa salahnya kan. Untuk keselamatan batiniah.”
Ahh sudah. Aku dah makin seram. Dah tak berani nak pandang cermin pandang belakang. Waze dah tunjuk tempat yang dituju hampir sampai. Dia suruh aku berhenti berhampiran dengan tanah perkuburan.
Gulp. Aku dah telan airliur. Rasa semacam je tapi aku kuatkan semangat jugak. Time dia nak turun tu, aku baru nak off application tu. Tiba2 Yanti cakap “kakak, jangan tutup lagi ya, tutup bila dah sampai ke Bukit Pelindung.” aku pelik campur berdebar.
Taktau kenapa aku angguk je. Dia keluar dari kereta,. Aku terus keluar dari kawasan tu. Proton Saga aku meluncur laju tapi masih berhati2. Fikiran aku dah celaru. Teringat ayat Yanti tadi. Biar betul nak suruh aku pergi tempat tu.
Tapi dalam kereta tak ada orang. Untuk ape? Dalam hati dah fikir, nak off je & balik ke, ikut je apa dia cakap? Jam dah pkul 2 pagi. Patutnya aku dah balik. No harm kat aku memandangkan dia bayar pakai kad kredit.
Tapi aku fikir lagi, kot la memang ada ‘benda’, mau nya dia ikut aku balik rumah. Huh, bola roma meremang lagi. Aku cuba beranikan diri jeling ke cermin pandang belakang.
Sah tak ada apa. Tapi wangi masa Yanti masuk tadi masih ada. Aku dah istighfar, baca doa habis tunggang langgang dah. Aku buka radio untuk memecahkan kesunyian. Kenapa la dari tadi aku tak teringat pun nak buka radio?
Sampai di Bukit Pelindung, aku berhentikan kereta. Aku dah bersedia nak U turn & pecut. Tiba2, macam ada angin kuat masuk seolah2 pintu kereta dibuka. Padahal tak buka pun. Serta merta bau wangi hiilang, & dapat rasa kereta aku dah tak mendap. If you know what i mean.
Aku terus off application & terus pecut balik rumah. Aku dah rasa tak sedap badan dah. Tiba2 ada text message masuk, ucap terima kasih sebab ikut cakap dia. (yanti). Dia sempat tanya, ‘benda’ tu tak kacau kan?. aku dah memang rasa semacam.
Malam tu, dalam bilik aku tiba tiba ada bau wangi sebiji macam bau dalam kereta aku. Sampaikan dalam kepala aku dah terngiang ngiang apa yang si Yanti tu cakap. Esoknya terus aku demam, dan malam aku meracau racau.
Lepas pada tu family memang tak bagi aku buat Uber dah. Menganggur la aku cuti sem kali ni. Sebab tak ada yang nak ambil kerja tempoh kejap je. Ok sekian dari saya, Jxr Ira. Maaf jika cerita kali ni tak seram. InsyaAllah ada kelapangan aku cerita kat hspital pulak.
Apa reaksi warganet
Siti Saerah, Uishhh.. beraninya, aq yg solat/mngaji ni pun xkuat iman bila rasa macm ad perhati ja.. tu baru perhati,belum tunjuk depa.. btw terbaik kak.
Nadia, beraninye dia. tapi yanti tu org la kan sbb dia byr guna kredit kad.
Acik Hana, Adoii area jln rumh kkk aku .. dan sekrg ank sedara pun buat Uber..hrp xde apa2 berlaku.
Sarah Monaz, Pick up kt SK Assunta Convent. Atas bukit ada tadika. Malam2 mcm pelik je ambik kt situ. Situ mmg sunyi.
BACA:
Kenapa sungai Tigris dan Furat semakin kering? Sekali muncul pula bandar purba, ini punca sebenar
Apa akan jadi dengan bank kalau kerajaan mansuhkan caj RM1 transaksi keluar duit di mesin ATM?