Seminggu lepas Aidilfitri, harga ayam dan daging kekal tinggi

Seminggu lepas Aidilfitri, harga ayam dan daging kekal tinggi

Harga ayam dan daging segar di sekitar bandar ini dan Kuala Lumpur didapati kekal tinggi selepas seminggu Aidilfitri.

Tinjauan di beberapa pasar basah sekitar daerah ini dan ibu kota mendapati harga ayam segar pada harga RM8.50 sehingga RM8.90 sekilogram berbanding sebelum musim perayaan iaitu antara RM7.50 hingga RM7.90 sekilogram.

Harga daging segar juga naik kepada RM40 sekilogram berbanding antara RM35 hingga RM36 kilogram sebelum musim perayaan.

Peniaga ayam di Pasar Jalan Othman yang enggan dikenali berkata, harga ayam sedikit meningkat selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di seluruh negara.

“Di pasar ini pun ramai peniaga yang berniaga susulan peningkatan kes Covid-19, ini juga antara faktor harga runcit ayam segar meningkat.

“Selain itu harga ayam di ladang juga ditawarkan tinggi menyebabkan peniaga terpaksa menjual harga runcit dengan harga begitu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, peniaga daging segar juga tidak mahu dikenali berkata, harga daging semasa ketika ini adalah RM40 sekilogram.

“Ia meningkat kerana bekalan terhad berikutan pelaksanaan PKP. Kalau dulu penternak boleh menghantar bekalan setiap hari tetapi kini bekalan jadi terhad, banyak faktor antaranya PKP, ramai yang tidak mahu hantar kerana menyukarkan mereka,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708401/harga-ayam-daging-kekal-tinggi