Semak transaksi kad debit anda, duit hilang sikit-sikit masuk akaun scammer

Semakkan saya dalam penyata bank dapati, ada duit dipotong tiap tiap bulan sebanyak Rm 9.99.

Potongan ini dibuat secara konsisten setiap tarikh yang sama dengan judul transaksi Google* FACEBOOK .

Semakkan saya dengan bank mendapati, ia dilakukan oleh scammers yang secara rambang ambil nombor debit kad kita dan buat potongan.

Saya sedar selepas ada 4 bulan transaksi yang sama. Saya buat aduan di bank dan mereka kembalikan wang tersebut. Terus kecawangan bank berhampiran.

Kad debit saya telah ditukar baru. Sebelum ini pernah jadi pada kad credit saya, alhamdulilah juga saya telah tutup kad yang lama.

Rajinlah buat semakkan penyata kad debit dan kredit kita. Teliti setiap potongan berlaku agar tidak mudah tertipu.

Saya pelanggan Maybank, mereka bagi layanan sangat baik dan segera tukar kad baru .

Jika rajin, semak penyata isteri dan ibubapa kita. Banyak yang dia dapat sebenarnya.

Ada transaksi cubaan ambil 200 setiap bulan tapi gagal.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Hari pertama masuk pejabat, Menteri sudah langgar SOP