Selesai rakam ucapan sulung untuk petang ini, PM tinggalkan Perdana Putra

Ismail Sabri

Selesai rakam ucapan sulung untuk petang ini, PM tinggalkan Perdana Putra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 3.08 petang tadi.

Difahamkan, beliau memasuki kompleks kira-kira pukul 10.55 pagi tadi bagi membuat persediaan untuk menyampaikan perutusan pertamanya secara rakaman awal.

Selesai rakam ucapan sulung untuk petang ini, PM tinggalkan Perdana Putra

Ismail Sabri melambai kepada petugas media ketika keluar dari Bangunan Perdana Putra hari ini.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri turut diringi kenderaan pengiring dan peronda polis.

Beliau sempat melambai tangan ke arah pengamal media ketika disapa di luar bangunan ketika melepasi laluan Pintu Protokol.

Bagaimanapun, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi Ismail Sabri tidak berjaya apabila beliau dilihat sedang menjawab panggilan telefon.

Perdana Menteri kesembilan itu dijadual menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ismail Sabri menerusi laman Facebook miliknya berkongsi poster yang memaklumkan ucapan tersebut akan disiarkan di stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/pm-tinggalkan-perdana-putra-selepas-rakam-perutusan-sulung/

BACA JUGA : Ucapan sulung Ismail Sabri sebagai PM jam 5.30 petang ini