Selepas TLDM anugerah pangkat pada Sanusi, Setpol MB bagi amaran jangan serang “bos” nya lepas ni

Selepas TLDM anugerah pangkat pada Sanusi, Setpol MB bagi amaran jangan serang “bos” nya lepas ni

Hari ini, Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) menganugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Penganugerahan pangkat ini adalah dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kebiasaannya, pangkat kehormat di dalam pasukan tentera ini dianugerahkan kepada kerabat diraja. Setakat yang diketahui, belum ada lagi penganugerahan sebegini kepada pemimpin politik.

Difahamkan, ada 4 orang di Malaysia yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) ini.

3 daripadanya adalah kerabat istana di 3 buah negeri. Orang yang ke-4 adalah YAB MB Kedah.

Selain itu, YAB MB juga dilantik sebagai Penaung kepada Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara untuk Negeri Kedah.

Penganugerahan pangkat ini adalah satu pengiktirafan kepada kepimpinan YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan sekaligus merupakan pengiktirafan daripada pasukan TLDM kepada PAS.

Tahniah YAB Tuan Laksamana Pertama.

Sapa-sapa yang nak serang MB lepas ni boleh pikiaq banyak kali.

Silap-silap ke laut la hangpa

Sumber: