Selepas Syed Saddiq, GERAK desak bekas Menteri terpalit ‘salah guna’ RM77 juta didakwa

Selepas Syed Saddiq, GERAK desak bekas Menteri terpalit ‘salah guna’ RM77 juta didakwa

Selepas Syed Saddiq, GERAK desak bekas Menteri terpalit ‘salah guna’ RM77 juta didakwa.. GERAK memandang serius dakwaan salahguna kuasa dan pecah amanah terhadap seorang bekas Menteri hari ini.

Sebagai pemimpin politik tentunya dakwaan akan dilihat dari sudut politik.Baik terhadap pendakwa maupun oleh yang didakwa.

GERAK melihat isu rasuah,salahguna kuasa adalah ISU NEGARA dan bukan ISU POLITIK.Apalagi membabit sejumlah wang dan harta milik negara.

Justeru GERAK mendesak seorang lagi Bekas Menteri yang pernah disiasat dengan jumlah wang jauh lebih besar 77juta juga dibawa ke proses pengadilan dengan segera.

GERAK Selangor telah menubuhkan taskforce khas terhadap isu Bekas Menteri bersama 77juta ini kira2 dua sebulan lalu.(Langkah lanjut GERAK Sgor terbantut kerana kekangan PKP).Kami akan terus buru penjenayah terhadap wang rakyat yg banyak ini!

GERAK

Beberapa hari lalu seorang lagi Bekas Menteri dibebaskan dakwaan pecah amanah oleh  Mahkamah Rayuan walaupun sebelum itu telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

GERAK menggesa Pejabat Peguam Negara menfailkan segera rayuan agar kes yang amat kontroversi ini diadili di sebuah lagi Mahkamah Persekutuan.

GERAK kekal berpendirian malah lebih yakin bahawa RASUAH ADALAH MUSUH NO 1 NEGARA dan reformasi terpenting adalah perjuangan melawan elit2 politik yang korup ini.

Apa yang berlaku beberapa hari ini membawa petanda amat malang bagi negara.Elit politik terpalit rasuah ini merata tanpa mengira faham politik.

Dinegara jiran yang dahulunya ketinggalan, hari-hari ini mereka melangkah kedepan memenjara satu demi satu menteri dan elit korup.Malaysia sebaliknya.

Malaysia mesti bangkit dan benar2 serius melawan musuh paling utama negara ini dan memenjarakan segera elit2 poltik jahat dan korup kalau mahu kekal bersaing atau ketinggalan.

GERAK akan kekal komited menjadikan agenda melawan elit korup dan rasuah sebagai agenda paling utama perjuangan kami tanpa mengira siapapun mereka.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Pengerusi GERAK

Sumber:

Jika aterlepas: Panas !!! Kerajaan PN sudah tidak mampu biaya pakej rangsangan?